11 Perkara Yang Diungkit Ahmad Said Tak Dijawab Oleh Ahmad Razif

1611

KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja di kalangan ahli PAS dan pembangkang yang mempersoalkan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sekarang, bahkan di kalangan ahli Umno sendiri kini tidak percaya kepada kepimpinannya sendiri.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kezaliman dan salah guna kuasa Umno dan Barisan Nasional tidak dapat disembunyikan lagi.

“bangkai gajah tidak dapat disembunyikan lagi, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintahan Umno dan Barisan yang sekian lama tidak dapat ditutup lagi,

“bukan sahaja pembangkang hang mempersoalkan kewibawaan pemimpin Umno dan Barisan Nasional, bahkan ahli-ahli Umno sendiri mempertikaikan pemimpinha,”ujarnya.

IMG-20150822-WA0101_resizedUstaz Satiful berkata demikian ketika berucap dalam program Perhimpunan Istiqamah Hkngga Kemenangan yang diadakan di perkarangan Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu dekat sini, Sabtu malam, 22 Ogos.

Sehubungan itu, kewibawaan kepimpinan Umno bukan sahaja dicanggah di kedai kopi dan forum rakyat serta wacana alam maya, bahkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang lalu, Menetri Besar Terengganu diajukan pelbagai persoalan.

Katanya, mantan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said bangun mengungkit sepuluh perkara berkait dasar dan pentadbiran negeri Terengganu.

Namun kata Ustaz Satiful, sehingga kini Ahmad Razif tidak memberikan jawapan atas perkara yang dibangkitkan oleh Ahmad Said.

“Pemimpin Umno tak boleh jawab…….ada satu (kumpulan aplikasi) whatsapp termasuk MB jadi ahlinya, dia terpaksa ‘left’ (keluar) kumpulan (group) kerana tak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan,

“dalam sidang DUN 11 perkara yang diungkit oleh Ahmad Said (masih) tidak dijawab oleh MB (Ahmad Razif),”jelasnya.

Berita sebelum ini;

Razif Tidak Jawab Banyak Isu Dibongkar Ahmad Said
Kos LPT2, Bertam Antara Ledakan Soalan Ahmad Said
Ahmad Said Dedah Cubaan Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Part 1
Ahmad Said Dedah Cubaan Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Part 2