PAS Pokok Yang Bertunjang Kukuh – Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim

1350

KUALA NERUS – Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang menyaksikan kehadiran ribuan penggerak parti dari peringkat cawangan hingga ke Perhubungan Negeri, menyambut dengan laungan takbir akan penegasan dari Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, bahawa dalam demokrasi, menubuhkan parti lain adalah dibenarkan tetapi dalam jemaah Islam, memecahkan jemaah Islam yang sedia ada adalah berdosa!

IMG-20150822-WA0051 (2)“PAS ini ibarat pokok yang dah berusia 63 tahun. Duduk di ladang yang luas. Panas, hujan, ribut, banjir, makhluk perosak dan macam-macam lagi. Tapi pokok PAS tak mati!

“Pokok dalam ‘poly bag’ memang nampak cantik. Tapi cuba letak di ladang. Tengok boleh hidup ke tak!,”kias beliau.

Mengulas tentang hubungan dengan DAP, beliau berkata, bukan PAS yang mula memutuskan hubungan dengan DAP tetapi DAP yang mula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.

“Kalau orang serang dan hina ayah kita bertalu-talu, anak tiri pun akan marah. Macam mana anak kandung boleh duduk berkawan baik,

“dengan orang yang setiap hari duk serang ayah kita?,”ujarnya lagi ketika berucap di Kompleks Tarbiahat-Taqwa 9KOMTAQ) PAS Kuala Nerus, di Batu Enam dekat sini pada Sabtu 22 Ogos.

IMG-20150822-WA0038(1)Menurutnya, DAP jugalah yang membuat ‘onar’ mula memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR di Sarawak.

Justeru beliau PAS masih kekal bertahaaluf dengan PKR tetapi tidak dengan DAP kerana DAP tidak menerima bahkannmenentang Hudud.

Ia berbeza katanya, hubungan dengan PKR, yang walaupun tidak menerima hudud tetapi tidak menentangnya.

“Kita tak nak sembahyang, satu hal (ia memang) berdosa besar. Tetapi (kalau kita) isytihar sembahyang tu tak wajib……….(sebaliknya) boleh rosak aqidah,”jelasnya.

Sehubungan itu, Dato’ Tuan jua menjelaskan bahawa PAS bukan Penganjur BERSIH 4.0, tetapi PAS diberikan senarai tuntutan BERSIH.

Beliau berkata PAS bersetuju dan menyokong senarai berkenaan yangg selari dengan tuntutan PAS.

IMG-20150822-WA0037(1)“PAS setuju menghantar wakil ke Jawatankuasa BERSIH. (Tapi) PAS masih tidak dimaklumkan acara lengkap program yabg berkenaan bagi sepanjang tempoh masa BERSIH berlangsung.

“Kerana itu tidak jelas jika ada unsur merusuh, konsert dan lain lain yg bertentang prinsip PAS dan boleh membawa risiko kepada ahli dan menyusahkan rakyat,

“Untuk itu PAS belum pada kedudukan memutuskan supaya ahli digerakkan ke BERSIH……. Tunggu arahan rasmi,”ujarnya lagi