Dua Guru PASTI Al-Qomar Rangkul Anugerah Dekan

38

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Dua orang guru daripada Pusat Asuhah Tunas-Tunat Islam(PASTI ) Al-Qomar , Medan Jaya telah berjaya merangkul anugerah Dekan atau Anugerah Pengarah Institut Latihan Pendidikan PASTI Malaysia.

Ketua Guru PASTI Al-Qomar Medan Jaya, Rhu Rendang yang juga mendapat anugerah tersebut, Siti Akma Idayu Basirun, 38, berkata seramai lima penerima menerima anugerah tersebut iaitu dua guru daripada PASTI Al-Qomar Medan Jaya dan tiga lagi daripada PASTI Sentul Patah, Marang.

“Sebelum ni tak pernah ada pun anugerah inii, kami terkejut juga apabila nama kami dipanggil ketika dalam majlis, ” ujarnya yang ditemui di sini semalam.

Beliau yang menyingkap kembali detik perih getir untuk membahagikan masa sebagai seorang guru dengan pelajar yang sangat mencabar.

” Orang ingat, kerja cikgu PASTI hanya jaga budak sahaja, yang orang tak nampak para guru ni kena kawal kelas, hadir mesyuarat program, semua yang kami belajar perlukan capaian maklumat secara bertaip,”

“Jika diikutkan ada rasa nak berhenti, tapi pihak pengurusan memang terbaik, sentiasa menyokong dan beri semangat pada kami, dorongan dalam bentuk pengangkutan, wang ringgit, masa dan sebagainya,” jelasnya.

Cikgu Siti Akma Idayu

Katanya, dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini sangat membantu para guru mengaplikasikan setiap yang dipelajari dalam pembelajaran harian.

“Silibusnya bertepatan dengan kehendak semasa guru, menyentuh semua subjek PASTI, undang-undang PASTI, politik, teknologi seperti canva, AI (Artificial Intelligence) dan sebagainya,” ujarnya.

Guru cekal ini turut berkongsi kejayaannya setiap yang diharunginya dengan tekad untuk terus melaluinya dengan bersungguh-sungguh, bertahan, sabar dan solat,

“Antara semester satu sehingga semester enam daripada tujuh semester, setakat ni semester limalah paling mencabar, lagi,

“kepada guru yang ambil ILPM ini harap sabar, kuatkan semangat, ILPM ni sangat penting, sebab ada perkara di luar sana tak sama dengan PASTI sebab itu PASTI tak sertai mana-mana universiti untuk diploma ini kerana ada silibusnya yang tersendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru juga daripada PASTI itu yang turut menerima anugerah yang sama, Mazurita Mahmud, 42 berkata, apa yang ada di PASTI sudah cantik , tidak rugi pun kalau guru-guru mengambil diploma tersebut.

Cikgu Mazurita“Apa yang saya lalui pengalaman selama 11 tahun di tadika swasta adalah sangat berbeza dengan PASTI.

“Setakat ini pendidikan di PASTI terbaik, persekitarannya luar biasa, hampir kesemua ‘circle’ saya jaga aurat dan akhlak dengan baik, walaupun gaji tak lumayan, namun impaknya sangat besar dalam hidup saya, dari segi ilmu, usrah dan saya dekat dengan agama,” jelasnya.

Katanya lagi, Pendidikan PASTI ini nampak macam kuno, tapi ianya lebih baik daripada tadika lain.

“Saya tidak menafikan kehebatan pusat tadika lain, tapi setakat ini, PASTI terbaik.

“Bila masuk dalam PASTI sebenarnya, ia telah ubah keseluruhan hidup saya, selepas menjadi ibu tunggal, PASTI bukan lagi pekerjaan semata-mata, tetapi ianya telah ubah kehidupan saya dengan agama, bermula dengan pengajaran doa, hafalan surah , hadis daripada tak tahu jadi tahu sebab kita nak ajar pada murid, ” katanya teruja.