Haji Zul Pikul Amanah realisasikan ‘Negara Berkebajikan’ PAS Kemaman

1143

Menurut Pengerusinya, Haji Zulkifli Md Yakim pihaknya menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan as-Syifa’serta khidmat guaman dan kaunseling syariah bagi para pengunjung selain pameran bermaklumat daripada Kumpulan Menentang Kanser (Fight Cancer Group) dan Polis diraja alaysia (PDRM).

“Untuk pengetahuan, kita buat pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan Islam as-Syifa’, (pameran) Fight Cancer Group (FCG) (dari) MAKNA, (pameran) PDRM (untuk bahagian) jenayah dan trafik, khidmat guaman dan kaunseling untuk kes-kes domestik, syariah dan juga (kes) sivil,”jelasnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua Sambutan, Sabtu 28 Januari di tapak program, Dataran PASTI Mak Chili Kemaman, dekat sini.

[Gambar – Haji Zul menyampaikan cenderahati kepada pihak PDRM yang menyertai pameran dalam Program Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-60 Kawasan Kemaman]

Katanya, Objektif pameran dan perkhidmatan tersebut, ada hubungkaitnya dengan konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang akan menjadi manifesto pilihanraya PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Katanya, Negara berkebajikan bermatlamat membentuk masyarakat hidup dengan sejahtera dan harmoni di dunia hingga ke akhirat,  bukan bermaksud menjadi Negara kebajikan (welfare state) sebagaimana yang diamalkan di Negara-negara Barat.

“Negara berkebajikan sebagaimana yang di manifestokan adalah tawaran kita kepada rakyat Malaysia bagaimana untuk hidup secara sejahtera,

“harmoni serta tingkat hidup (standard of living)  yang lebih bermutu, (tetapi) bukan dengan (hanya) ‘mata benda’ sebagaimana yang ditawarkan oleh Umno (BN),”katanya.

Menurutnya, konsep kebajikan diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengumpan rakyat dengan duit, sebenarnya menjadikan rakyat sebagai ‘barangan komoditi’.

Oleh itu, tawaran Negara Berkebajikan PAS juga akan menghapuskan pemikiran ‘khurafat’ yang telah dididik oleh Umno, bahawa merekalah yang berupaya memberikan kesenangan hidup kepada rakyat.

Akbatnya, kata beliau, rakyat meletakkan kepentingan kebendaan terlalu tinggi sehingga sanggup menukar iman dan akidah.

“Sebagai contohnya, untuk mendapatkan duit RM500, penerima bantuan rakyat 1Malaysia, terpaksa menunggu sehingga 5 hingga 6 jam sebagaimana yang berlaku di (Kampung) Seri Bandi dan Kijal baru-baru ini,
“rakyat sanggup berhujan (dan berpanas) dan meningggalkan solat (demi mendapatkan wang tersebut),”tegasnya.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan menegaskan, termasuk dalam konsep berkebajikan PAS adalah, menghapuskan konglomerat-konglomerat yang memonopolikan perniagaaan mereka sehingga menjadi kuasa penentu harga barangan dan perkhidmatan.

“Salah satu cara bagaimana kita (Negara berkebajikan) boleh meningkatkan pendapatan rakyat adalah dengan menghapuskan monopoli daripada konglomerat-konglomerat yang menentukan harga (barangan dan perkhidmatan) di pasaran, (ia sepatutnya) dinilai ikut pasaran (iaitu rakyat),”kata beliau.

Katanya, ia adalah satu ‘amar makruf’ yang menjadikan kehidupan rakyat lebih baik apabiladapat menikmati harga barang yang lebih murah

http://www.youtube.com/watch?v=ogQuwbkV2IY