KUALA TERENGGANU – Program ‘Madinah Ramadan’ akan mewarnai malam-malam bulan puasa di bandar raya ini bermula pada pada 18h bersamaan 1 Jun, sehingga akhir bulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah bagi mengingati kefarduan puasa secara khususnya dihayati oleh nabi Muhammad SAW di bandar Madinah.
“Madinah al-Munawarah melahirkan masyarakat yang bersatu, hidup dengan ilmu yang hidup dengan ibadah…….diatas pengasasan Madinah ini,
“kita cuba menghayati apa yang telah dilakukan oleh Nabi SAW kita mengadakan program ‘Madinah Ramadan’ di tapak ini, di dataran Shahbandar,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat tapak program tersebut pada hari ini Khamis, 25 Mei.
Antara acara yang diatur selama 12 hari itu ialah berbuka puasa bersama, solat maghrib dan ssyak berjamaah serta solat tarawikh oleh Imam dari luar negara.


Menurutnya, antara penceramah terkemuka yang dijemput ialah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud dan Ahli Palimen Kubang Kerian, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga Timbalan Presiden PAS.
Perasmian ‘Madinah Ramadan’ itu katanya, akan disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar (MB) Terengganu Dr Samsuri Mokhtar, pada Jumaat, 8hb Jun.
“disamping perasmian itu, MB juga bersedia untuk menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terpilih dari kawasan-kawasan,” kata beliau yang menambah, program itu juga memberi ‘wadah’ kemudahan kepada para pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan.
Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu dan juga Malaysia supaya hadir beramai-ramai mengunjungi ‘Madinah Ramadan’.
“termasuk para palancong dari luar Teregganu yang datang pada bulan Ramadan ini mereka jangan bimbang untuk berbuka puasa,
“mereka boleh berbuka di sini dan in shaa Allah kita sediakan makanan dan mereka boleh beribadat bersama imam yang kita sediakan,” tegasnya,



























