Komuniti Pendidikan Sedia Bantu PAS

1585

MARANG – Badan bukan kerajaan (NGO) sedia membantu PAS dalam usaha pendidikan sekiranya parti itu diberi mandate oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Seorang pensyarah, Prof. Madya Dr Burhanuddin Abdullah mencadangkan agar Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) menubuhkan Komuniti Pendidikan bagi tujuan tersebut

“PAS (melalui KAWAN) akan (boleh) mewujudkan Komuniti Pendidikan dalam masyarakat terus kepada rakyat sebagai tambahan kepada institusi sedia ada seperti sekolah agama,

“sekolah pondok, surau, masjid serta rumah-rumah yang boleh dijadikan medan berusrah, tazkirah dan majlis bacaan Yassin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Dan Dialog Pendidikan serta perasmian Pusat Pendidikan Komuniti Marang di Sungai Kerak, di sini pada Sabtu 24 Februari.

Oleh itu, beliau menyeru agar aemua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing, menyuburkan amalan baik dalam komuniti tetmasuk tegur- menegur dan bergaul rapat sesama mereka dalam bentuk kolektif atau berjemaah.

“Ianya adalah antara bentuk sistem kaunseling dalam masyarakat. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bagi merealisasikannya seperti gotong-royong, bengkel untuk ibu bapa, kemahiran dalam masyarakat bagi anak muda,

“bengkel khusus untuk orang muda dalam mencari jodoh dan sebagainya. Akan tetapi, semuanya perlu merujuk kepada asas agama dan ketuhanan yang menjadi garis panduan,” saran beliau.

Turut menjadi panel dalam program tersebut ialah mantan Naib Canselor UNISEL Prof. Dr Anuar Ahmad.

Beliau memberikan penekanan agar isu-isu pendidikan diutamakan dalam masyarakat dan turut menyebut perbandingannya dengan negara lain.

“Sistem pelajaran di Malaysia dilihat gagal membentuk modal insan dalam membina masyarakat yang beriman dan bertakwa,

“Ianya amat berbeza berbanding sistem pendidikkan di Jepun, Morocco dan Turki. Morocco dan Turki menawarkan sistem pendidikan percuma di semua peringkat di samping turut memberikan sagu hati kepada pelajar,” jelasnya.

Menurutnya, banyak hutang dan pembaziran yang berlaku di negara ini menyebabkan peluang peningkatan pendidikan terbatas.

“Peruntukan bajet per kapita untuk bahagian pelajaran hanyalah 15% jika dibandingkan dengan negara lain yang memperuntukkan sehingga 30%.” tegas beliau.

Program yang dianjurkan oleh Gabungan NGO’s Marang dan KAWAN Terengganu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah NGO PAS Marang Haji Mohd Deraman merangkap Ketua Sektor Pendidikan KAWAN