MARANG- Muslimat diingatkan sentiasa mendampingi ulamak kerana ianya antara cara atau petua bagi menghindari perangkap syaitan tanpa memandang ringan amalan-amalan sunat.
Timbalan Ketua Halwa DUN Rhu Rendang, Ustazah Faridah Omar, berkata daripada ulamak kita mendapat peringatan tentang perjalanan hidup beragama.
“Dengan menghadiri majlis ilmu kita sentiasa berada dalam peringatan, dan dapat menginsafi diri kita yang melakukan dosa”, jelas beliau ketika menyampaikan tazkirah sempena Jaulah Muslimat Ru Rendang ke Kelantan pada 24 Februari di Pantai Bari Besar, Setiu.
Rombongan seramai 120 orang yang diketuai oleh Ketua HALWA Dun Ru Rendang, Hajah Azizah Mohd Yusof singgah bersantai di pantai peranginan tersebut untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.


Ustazah Faridah juga menerangkan kelebihan Kad Sejahtera yang bernilai RM500 untuk membantu golongan warga emas dan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan yang lebih cepat di klinik swasta agar tidak terlalu lama menunggu pengurusan di hospital atau klinik kerajaan.
“ Itu antara manifesto PAS, kalau PAS menang, mengambil alih kerajaan Terengganu, selain akan adakan Karnival Kahwin Secara Percuma..bagi mereka yang nak kahwin…majlis percuma diadakan…kahwin beramai-ramai”, tambah beliau lagi kepada ahli rombongan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Rombongan sebanyak tiga buah bas itu bertolak jam 8.00 pagi dari Pejabat Majlis Tindakan DUN di Kijing, dan bergerak meninggalkan Pantai Bari Besar sekitar jam 11.00 pagi untuk ke destinasi utama Rantau Panjang dan kemudiannya berangkat pulang pada jam 6.00 petang.






























