[Gambar atas – Prof. Harmy (dua dari kanan bersama Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Azman Abu Bakar, dan Presiden PAPISMA Dato Dr Suhaini Kadiman {dua dari kanan) serta Dr Awisul (Pengarah Persidangan Nusantara)]
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) melancarkan satu modul Pertolongan Asas Bantuan Kecemasan (PACe) bagi guru-guru prasekolah dan sekolah.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff berkata, PACe akan disertakan dengan pakej program latihan kepada guru-guru berkenaan.
“Kita kerap mendengar pada hari ini kejadian kemalangan kepada kanak-kanak prasekolah seperti tercekik, melecur, patah dan lain-lain kecederaan yang boleh memberi komplikasi yang serius,


“dan merasakan komplikasi yang serius tersebut adakalanya dapat diatasi segera sekiranya guru-guru mempunyai asas pengetahuan dan amali yang baik,
“dalam Pertolongan Asas Bantuan Kecemasan dan kami yakin PACe adalah suatu modul yang dapat memberi input dan latihan ke arah itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan Dari Perspektif Islam Kali Kedua di TH Hotel & Convention Centre, di sini pada Jumaat, 15 September.
Menurutnya, ia merupakan modul latihan yang telah diadakan beberapa program sebelum ini di mana ahli-ahli PAPISMA yang juga merupakan doktor-doktor pakar dalam bidang kecemasan.
“(juga untuk) Paramedik mengendalikan latihan yang dah kita buat dan beberapa latihan sebelum ini dan sudah hasilkan buku dan yang ini adalah versi yang telah ditambah baikkan,
“maksudnya kita dah baiki supaya ia boleh menjadi sebagai satu bentuk latihan kepada guru-guru khususnya prasekolah tapi boleh juga digunakan untuk sekolah rendah dan sebagainya,” ujar beliau.
Timbalan Presiden PAPISMA Pusat itu mensasarkan negeri Terengganu sebagai tapak permulaan bagi melatih para jurulatih sebelum diperluaskan di seluruh negara.
“Kita turut bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mengadakan sesuatu ‘event’ termasuk juga Kementerian Kesihatan sebab kita rasa ini antara ruang,
“sebagai NGO yang kita boleh bantu masyarakat bagi memastikan bahawa guru-guru yang kerjayanya terdedah dengan dunia kanak-kanak dan sebagainya yang mungkin berisiko,
“Jadi sekurang-kurangnya dia ada pengetahuan asas tapi bukanlah bermaksud menggantikan rawatan di hospital sebaliknya mereka masih perlu panggil ambulans dan sebagainya,” jelasnya lagi.


Oleh itu katanya, sementara menunggu bantuan hospital atau klinik yang mungkin dekat jaraknya km, namun ia mengambil masa dalam proses menghantar mereka untulk rawatan.
“Jadi sekurang-kurangnya kalau PACe ada boleh buat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan dan ianya juga boleh digunakan untuk diri sendiri dirumah yang mempunyai anak-anak kecil….. mungkin boleh berlaku kemalangan, tercekik dan sebagainya,
“kita akan jual buku ini kepada umum tetapi dengan pakej……hanya orang yang ada pengetahuan asas dalam perubatan sahaja boleh faham tetapi kalau orang yang biasa baca, faham tapi dia tak boleh nak buat. Sebab itulah kita akan pakejkan dia dengan latihan,” kata Prof Harmy.






























