Oleh : Zainun M
KUALA NERUS – Seluruh kampung dalam kawasan Kuala Nerus, khususnya DUN Bukit Tunggal, mendapat projek ‘masuk poket’ sendiri, yang digunakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional BN) Terengganu undi memancing undi.
Projek mendirikan ‘pondok’ yang difahamkan sebagai markas pilihan raya itu ‘diecerkan’ kepada setiap qaryah melalui orang kuat UMNO, juga termasuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Menurut Muhammad Abdullah (bukan nama sebenar) projek tersebut dibangunkan melalui tender Pejabat Daerah dengan menggunakan peruntukan kewangan kerajaan Negeri Terengganu.


Beliau yang ditemui di Kampung Paya Lima Amas di sini menyatakan, bangunan itu dibina hanyalah semata-mata, digunakan sebagai alasan untuk ‘menabur duit’ kepada mereka yang mempunyai pengaruh kuat dikalangan penyokong UMNO.
Menurutnya, ia adalah untuk mengekalkan sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan. tidak berapa lama lagi.
“Ini merupakan satu pengkhianatan amanah pemimpin BN, kepada semua rakyat negeri Terengganu, kerana apa yang dilakukan oleh (Menteri Besar) MB, sekarang adalah tidak wajar,” jelas beliau


Katanya, projek tersebut akan digunakan bagi memudahkan kerja-kerja semasa kempen dijalankan PRU14 nanti.
“Projek ini dikelaskan sebagai projek ‘hangus’, mana-mana yang dibina atas tanah persendirian akan jadi milik orang yang berkenaan sebaliknya,
“yang diatas tanah kerajaan akan menjadi ‘gajah putih’ selepasPRU14,” ujarnya.


Menurut lagi, kos pembinaan setiap satu bangunan itu ialah RM30,000.00 dan dengan jumlah berpuluh buah yang didirikan, ia menelan ‘wang rakyat’ mencecah jutaan ringgit.
Ketika membahas usul peruntukan tambahan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu,wakilBukit Tunggal Dr Alias Razak mempersoalkan pembinaan ‘pondok-pondok’ tersebut.


“setiap kampung ada….dan kebanyakan ia dibina diatas tanah rezab kerajaan, tak tahulah (samada) mendapat kelulusan LMS (Lesen Menumpang Sementara – TOL) atau tidak,” kata beliau.
Sesetengah kedudukan pondok yang dibina itu, katanya, sangat merbahaya kerana dibangunkan berhampiran dengan tong sampah, sebelum bulatan Batu di tepi jalan raya utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
“apa tujuan sebenarnya pondok-pondok ini dibina? Saya tak Nampak apa-apa aktiviti di situ! Dan tentu saya rasa peruntukannya datang dari (perbelanjaan kerajaan dibawah) P02 ini,


Katanya, peruntukan dibawah pembangunan P02 yang diletakkan dibawah tanggungjawab wakil-wakil rakyat Umno tidak memberi banyak faedah kepada rakyat.
Justeru beliau menggesa kerajaan berhati-hati dan berjumat cermat dalam membelanjakan wang rakyat, khususnya dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.




























