Penuhi Tuntutan Agama, Tinggal Kampung Sehari

1712

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu menyeru semua anggotanya untuk turun beramai-ramai menyertai H355 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Ketuanya, Hajah Shamsiah Abu bakar berkata, kehadiran para Muslimat pada himpunan menyokong usaha memartabatkan syariah itu ada satu tuntutan agama.

“saya menyeru dan merayu semua Muslimat di Parlimen Kuala Terengganu untuk tinggalkan kerja buat sehari bagi memenuhi tuntutan agama, yakni hadir ke himpunan RUU 355 ini,”katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, sebagai sayap kanan PAS mestilah bersama-sama dalam mendokong cita-cita menegakkan hukum Allah.

“seruan ini dibuat adalah bagi memastikan muslimat juga merupakan antara tulang belakang dalam himpunan besar dan hebat ini,

“kita tidak mahu ketinggalan dalam mendesak kerajaan melaksanakan undang undang islam di Malaysia,”jelasnya.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Zaiton Abas berkata, semua umat Islam harus menyokong usaha meminda Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah,

“saya mahu semua bersedia untuk sama sama turun padang dan berhimpun dalam menyatakan sokongan padu kita pada Tuan Guru Presiden untuk meminda RUU 355,

“kita sudah bersedia dengan sebar luas risalah dan ceramah kelompok dalam memastikan semua lapisan masyarakat terutama muslimat yang berada di kampung kampung memahami hasrat dan maksud kita untuk mengangkat undang undang Islam kearah yang lebih baik,”tegasnya.