Wanita Muda Perlu Menjana Jiwa ‘Akifi’

2058

Oleh : Sumaiyah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Golongan wanita muda di negara ini, digesa agar menjana jiwa akifi di dalam diri sebagai suatu persediaan menjadi pendokong sebuah harakah Islamiah.

Pengarah Ameerah Malaysia, Puan Farah Mohamad berkata, ‘akifi’ itu diterjemahkan sebagai alim, haraki dan sufi.

“segala tindak tanduk dan kesungguhan kita seharusnya mencerminkan diri kita sebagai insan terpilih. Oleh yang demikian, keseluruhan jentera Ameerah seharusnya bersama-sama menjana jiwa akifi di dalam diri,

“Untuk menjadi generasi yang akifi ini, kita seharusnya alim, yakni berilmu,”ujarnya berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Ameerah Terengganu (HAMRA 1.0), Sabtu 11 Februari.

Beliau menambah, kehidupan sebagai mukmin ialah memilih untuk terus berpegang dengan segala ketetapan Allah, walaupun mungkin dilihat tidak sesuai.

“biar nampak ‘lekeh’ dan tidak berstrategik di mata manusia, biar kelihatan ketinggalan zaman dan ‘trendy’, bicara orang kebanyakan pandangan zahirnya seperti kita satu langkah terkebelakang,

“namun diatas sifat berilmu kita memilih untuk tetap terus teguh berpegang dengan perintah ALLAH, berpegang terus dengan tali Allah SWT,”jelasnya.

Sehubungan itu, menurut beliau, generasi ‘haraki’ adalah kumpulan anak-anak muda yang berpolitik dan bergaul dengan masyarakat.

“mereka yang berpartisipasi di dalam masyarakat…….bukan hanya bergaul dengan pendokong-pendokong parti semata-mata, tetapi bersama dan mengambil berat masalah masyarakat,

“sentiasa bersama menjiwai denyut nadi rakyat, berusaha untuk turun padang bagi mengenali rakyat,”katanya lagi.

Justeru, anak-anak muda diseru secara kritis membezakan antara aliran politik dunia semata-mata, yang berbeza dengan politik dunia dan akhirat.

“pendekatan kita berbeza dengan parti yang memperjuangkan rakyat tanpa memikirkan akhirat (kerana) mereka sekadar berpolitik dengan akal semata-mata,

“sebaliknya kita berpolitik bertunjangkan akhlak dan peribadi muslim, kita berpolitik dengan memikirkan balasan di akhirat kelak,”tambah beliau.