Gugusan Kampung Hulu Nerus Tak Tersentuh Dengan ‘Transformasi’ Razif

4385

Oleh : Editor

SETIU – Hari ini, bersama kawan lama Azmi Ma’arof bekas pegawai Risda dan pernah menjadi wartawan Harakah, masuk memziarahi beberapa gugusan kampung, di mukim Hulu Nerus, DUN Langkap dalam kawasan Parlimen Setiu.

Kampung-kampung itu; Kampung Sungai Sendol, Kampung Pak Ba, Kampung Bukit dan Kampung Sungai Las, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ‘Bandar Raya’ Kuala Terengganu.

Namun, secara zahirnya, kampung tersebut, tidak tersentuh dek pembangunan ‘Transformasi’ yang digembar-gemburkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahnad Razif Abdul Rahman.

Pembangunan infrastruktur, kampung-kampung terbabit sangat dhaif, umpama kampung yang terletak di pedalaman.

Jalan kampung yang kecil hanya satu lorong, memerlukan salah sebuah kereta yang berselisih mengalah, mengelak dan turun ke pinggir, yang ‘tiada bahu’.

Jambatan pada jalan utama menuju Kampung Pak Ba yang telah wujud sejak lebih 40 tahun lalu, masih tiada besi penghadang, di kiri dan kanannya.

Aliran sungainya yang keruh, dengan tiada sebarang projek ‘tebatan’ menyebabkan air seringkali melimpah, membanjiri kawasan-kawasan rendah di kampung itu, setiap tahun pada musim tengkujuh.

Menurut seorang penduduk Kampung Sungai Terap, Mat Lazim Husin, 70, air naik sehingga dua meter, menenggelamkan rumahnya, ketika banjir melanda pada bulan Januari lalu.

“tiap-tiap tahun air naik……..banjir, air naik kat nu……..”kata beliau sambal menunjuk ‘bakat’ banjir yang melepas pintu rumah PPRT yang beliau duduki.

“bila air kat ni……saya pindah selalu,”tambah beliau menunjukkan aras kira-kira tiga kaki dari lantai rumahnya.

Jirannya, Mek Ton Othman yang uzur dengan sebelah tanya ‘kabur’ berkata, beliau baru membersihkan rumahnya, dari saki baki lumpur banjir.

Katanya, beliau berpindah ke Balai Raya, pusat pemindahan banjir di kampung itu, dengan menaiki sampan ‘kaca gentian’, yang siap ‘standby’ di kiri pondoknya.

Beliau sekeluarga tidak menghadapi kesukaran kerana tiada peti sejuk dan mesin basuh di rumahnya, kerana masih tidak mempunyai bekalan elektrik!

Selepas mengagihkan bantuan banjir, berupa makanan keperluan harian di Kampung Pak Ba, kami singgah di kedai kopi usang terletak di cabang tiga, simpang ke tanah perkuburan.

Bekas Tok Imam masjid Zakaria Abdullah, 73, yang kebetulan sedang minum di situ bercerita, wakaf perkuburan tersebut, pada mulanya ‘duduk’di atas tanah persendirian, tanah orang kampung.

“saya tolong selesai…….mulanya tanah orang……..JKKK janji nak selesai, nak peri pampasan dan tapak tanah ganti,

“tapi JKKK tak tunaikan janji,”tegas beliau.

Beliau mengeluh katanya, itulah masalah yang dihadapi oleh masyarakat kampung, ‘berketuakan’ orang yang tidak sepatutnya memegang jawatan itu.

Katanya, begitu juga dengan pentadbiran masjid, institusi agama di kampung itu.

Beliau membaca ayat al-Quran surah at-Taubah ayat 18;

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At Taubah: 18)

Menurutnya, orang yang diberi amanah untuk memakmurkan masjid, sebaliknya tidak ada ‘takwa’ kepada Allah.

“sebab itulah saya menolak untuk terus menjadi imam……walaupun ‘kadhi’ (Pegawai Agama) daerah datang jumpa saya…….pujuk saya,

“kawan saya dipecat…..hanya kerana ‘pinda’ sikit aja khutbah Jumaat…..buka baca (khurbah) lain…..pinda sikit je…….pecat selalu,”ujarnya kesal.

Selepas turun naik bukit, melalui jalan ‘bengkang bengkok’, kami sampai di Kampung Bukit, sebelum Sungai Las.

Padang awam kampung itu, penuh dengan rumput dan gelanggang sepak takraw yang pastinya dibina dengan ‘pitih kerajaan ’terbiar’ tidak terurus.

MB Terengganu telah memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam memimpin negeri Terengganu.

Pelaksanaan konsep itu, menurut laman sesawangnya, mengambil kira aspek yang merangkumi tiga bidang utama dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Tranformasi Politik selain lapan prinsip asas tiga bidang berkenaan.

Namun sebaliknya, prinsip kedua transformasi iaitu, masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat dan mengangkat institusi masjid sebagai tempat sarana pembinaan ummah, tidak nampak berubah dalam komuniti Kampung Pak Ba.

Prinsip keempat transformasi Razif iaitu; integriti, bersih dalaman dan luaran juga tidak kelihatan dilaksanakan di Kampung Bukit.

Kebersihan dan persekitaran luaran melambangkan budaya rakyat Terengganu, hanyalah ‘angan-angan kosong’ Razif!