KUALA TERENGGANU – Rata-rata penduduk kampung yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan yang diberikan.
Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu Mohd Azrin Mohd Aris berkata, ia kerana tawaran pampasan yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) itu terlalu rendah.


“Penduduk juga menggesa kerajaan supaya menilai semula nilai pampasan tersebut berpandukan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960,”ujarnya.
Katanya, sekiranya dilihat kepada APT 1960, ianya digubal bertujuan untuk menyediakan panduan yang adil, mencukupi dan efisien dalam pengambilan tanah rakyat untuk projek pembangunan.
Oleh itu, gegas beliau, Pelaksanaannya hendaklah menepati rujukan artikel 13(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Artikel 13(2) itu menyatakan ‘Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai’.


Ia juga, kata beliau, sekiranya tidak dilaksanakan, memberi gambaran yang jelas bahawa kerajaan bersikap tidak adil dalam memenuhi hak rakyat,.
“sudahlah dibebani dengan kesan kenaikan harga minyak kenderaan dan minyak masak, pampasan pula diberikan tidak setimpal,”katanya
Oleh itu, katanya, Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu (DPPKT) menggesa supaya kerajaan mengambil perhatian yang sebaiknya terhadap isu bayaran pampasan ini dan bersikap adil terhadap rakyat yang sudah cukup tertekan dengan keadaan ekonomi yang tenat sekarang.



























