Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Walaupun Sidang Parlimen adalah masa dan peluang kepada Ahli Parlimen untuk bertanya sebarang persoalan rakyat, tapi dua soalan tidak dibenarkan untuk di tanya iaitu isu RM2.6 billion dan juga 1MDB.
Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli berkata, mana-mana wakil rakyat ditegah dari mengemukakan dan apa-apa soalan tentang 1MDB ada ‘soalan terlarang’ di parlimen.


“Presiden Amerika, Harry S.Truman kata kamu tak boleh jadi kaya dengan politik, melainkan kamu seorang yang sangat jahat. Barisan Nasional(BN) semua kita tahu, rasuah ada didalamnya, penyangak ada di dalamnya, pecah amanah ada di dalamnya, dan Dungun daripada 13 pilihanraya,
“PAS menang tiga penggal, 10 Barisan Nasional menang, kita kenal pemimpin Barisan Nasional, kita tengok pemimpin Barisan Nasional, bila mereka jadi wakil rakyat, bila jadi Ahli Parlimen mereka bekerja untuk sape? Kita kena bekerja untuk rakyat, kena fikir untuk rakyat, kena buat polisi untuk rakyat,”jelas beliau.
Yang DiPertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Masyarakat Tionghua pada 2hb Ogos di Kampung Batu 5, di sini.
Majlis yang turut dihadiri oleh tiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mendapat sambutan dari masyarakat Cina.


Ustaz Wan Hassan turut menyebut, ”Kaum tionghua di Batu 7, Batu 6 dan Batu 5, mendapat keistimewaan sedikit di zaman PAS memerintah, tahun 1999 hingga 2004, saya ingat, satu tokong dalam ni, tak dapat geran,
“tokong sudah lama bina tiada geran tanah. Jadi kita cari, kita kena lulus, sebab ini kampung dia, kena bagi tak boleh. Tuan Guru Haji Hadi lulus dalam mesyuarat exco.”
Menurutnya, penduduk di kawasan itu juga mendapat hak milik tanah-tanah mereka pada era pemerintahan PAS, hak rakyat yang tidak diselesaikan oleh Umno dan BN.


“Kita beri sumbangan, ADUN-ADUN masing- masing cari, sebab kita tiada peruntukan , kita cari, bila kita dapat kita bagi, kalu tak cukuppun , kita keluarkan duit kocek kita, yang penting sama-sama kita susah, sam-sama kita senang biar rakyat tentukan pilihan,”kata beliau.
Beliau turut menegaskan, PAS tidak pernah berhenti menentang Umno dan BN, dan mana-mana dakwaan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah tidak benar sama sekali.


“tuan-tuan kenal pemimpin Barisan Nasional tu siapa, tuan-tuan kenal pemimpin PAS tu siapa, jadi bila mereka masuk pilihan raya, pilih pemimpin PAS kerana mereka bekerja untuk rakyat, kerana mereka ada tanggungjawab,”tegasnya.
Pada Majlis tersebut juga, seramai 70 orang tionghua yang kurang berkemampuan dan warga emas telah menerima sumbangan berupa wang dan beras.
https://youtu.be/SRHhSwNHNG8




























