Vaksin Yang Membantu Mencegah Penyakit Adalah ‘Sunat’

1427

KUALA TERENGGANU – Islam mendidik umat dengan konsep penjagaan kesihatan antaranya berasaskan kaedah menjaga lebih baik daripada merawat.

Oleh itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali aT-Takiri berkata, penggunaan vaksin yang membantu mencegah penyakit adalah sunat

“Mendapatkan rawatan awal bagi pencegahan penyakit yang dibimbangi berlaku pada masa hadapan adalah bertepatan dengan saranan syarak.

“Antara dalilnya ialah hadis Nabi saw yang sahih bermaksud:

مَنْ تَصبَّح بسبْعِ تَمَراتٍ ، عَجْوةٍ ، لم يضرَّه ذلك اليومَ سُمٌّ ولا سِحْرٌ

“sesiapa yang berpagi-pagi dengan 7 biji kurma Ajwah (kurma Madinah) dirinya tidak akan dimudaratkan pada hari itu oleh racun atau sihir”,”ujarnya.

Dr Khairuddin Aman Razali2Menurut beliau yang juga Ahli Parlimeh Kuala Nerus, ia adalah termasuk kategori berusaha menolak bala sebelum ianya berlaku.

“Penggunaan vaksin di awal usia kanak-kanak dengan tujuan pencegahan penyakit pada masa depan adalah sesuatu yang digalakkan oleh Islam’

“sekiranya vaksin itu daripada bahan yang suci dan terbukti memberi manfaat,”tambah beliau.

Namun begitu, katanya, tidak boleh menyatakan hukum penggunaannya adalah wajib.

“untuk menyatakan hukumnya adalah wajib dan berdosa kepada ibu bapa yang tidak mengambilnya adalah tersasar daripada pandanganyang benar,

“kerana penggunaan vaksin adalah salah satu usaha yang dijangka dengan sangkaan yang kuat membantu mencegah penyakit di masa depan bukannya satu-satunya usaha pencegahan,”jelasnya