Anak Aktivis KAMI Tidak Sedarkan Diri Sehari Selepas Sambut Ulang Tahun Kelahiran

1181

Oleh: NM

KUALA TERENGGANU – KeceriAan seorang remaja untuk bercuti hujung minggu bertukar cemas apabila beliau tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan pulang ke Kampungnya. Kejadian berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) selepas susur Telemong.

Bapa kepada remaja malang ini, Zul Syawaludin Jusoh, memberhentikan keretanya apabila melihat keadaan anak sulungnya, Zul Syameer bin Zul Shawal, 17 seperti kekejangan dan tidak sedarkan diri. Dua rakan kepada remaja malang ini membantu memberi pertolongan cemas. Melihat keadaan anaknya semakin teruk dan muka hampir menjadi kebiruan, beliau memecut kereta untuk membawa mangsa ke Hospital terdekat.

Setelah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Hulu Terengganu, mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan susulan.

IMG-20160407-WA0175Bapa mangsa, memberitahu beliau mendapat maklumat dari doktor kemungkinan ada berlaku pendarahan beku dibahagian kepala.

“Sekarang ni doktor nak buat imbasan di kepala dan saya tidak dapat memberi tahu dengan tepat masalah anak saya selagi tidak melalui proses rawatan lanjut. Sekarang ni dia dah sedar dan masih di Unit Kecemasan”. Ujarnya beliau ketika ditemui di perkarangan Hospital.

Beliau merupakan Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bukit Besi dan juga Setiausaha NGO GENERASI Terengganu.

Menurut beliau lagi, semasa menjemput anaknya di Asrama Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, anaknya riang seperti biasa dan terus tidur semasa dalam perjalanan untuk balik ke rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Menurut Nenek mangsa, Hajjah Wan Khalsum 64, cucunya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 17 sehari sebelum kejadian.

“Mak cik berdoa agar Syameer tidak menghadapi penyakit yang serius”. Ujarnya yang bergegas dari kampung ke Hospital selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa cucunya petang tadi. Di tanya adakah beliau mengesyaki apa-apa unsur jenayah yang mungkin berlaku disekolah, beliau menjawab ” Tidak. Mak cik tidak syak apa-apa”. Ujarnya lagi.

Bapa mangsa juga tidak mahu mengulas lanjut dan sabar menanti keputusan lanjut melibatkan kesihatan anaknya. Beliau juga enggang mengulas soalan kemungkinan berlaku unsur buli dan jenayah lain. Beliau hanya menjawab kita