TPPA ; Kerugian Lebih Bsar Dari Kuntungan

1134

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah diluluskan di Parlimen pada Januari lalu, adalah perkongsian yang hanya untungnya di atas kertas sahaja kepada negara kita.

Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu Puan Maznah Muftahuddin, ia berlaku demikian kerana, kerugian yang dialami oleh rakyat sesuatu negara lebih besar.

“Saya berniaga telekung sembahyang, kadang tu saya beli di Vietnam, kalau sebelum dilaksanakan TPPA, saya kena bayar cukai, di Vietnam dan bila masuk Malaysia, saya kena bayar cukai lagi , tapi apabila telah dilaksanakan TPPA, saya tidak perlu lagi membayar kedua-dua cukai ini, untung?”

“Tapi sebenarnya, untung hanya di atas kertas dan amat sedikit berbanding dengan kerugian akibat TPPA dimana produk kita terpaksa bersaing dengan produk mereka yang sudah dikeluarkan oleh syarikat yang gah dan ternama dengan teknologi terkini.”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Isu TPPA di surau Jerangau .FELDA pada Isnin, 4 April, di sini.

Beliau mengambil contoh tanaman padi yang diusahakan petani kita hari ini, berbanding dengan Amerika Syarikat yang memberi subsidi untuk petani mereka bertanam padi dengan teknologi terkini yang membolehkan ianya dihasilkannya dengan banyak dan dapat dijual dengan murah di negara lain kurang maju.

“Ia menjadikan petani kita kerugian dan tidak lagi mahu lagi menanam padi, membahayakan keselamatan negara,

“sekarang ini, anak-anak kita sudak tidak lagi mahu makan kerepek dan mereka lebih suka makan ‘jajan’ kerana bungkusannya cantik dan menarik walaupun tidak berkualiti,

“dan bila TPPA diluluskan barangan ini, akan melambak-lambak di kedai-kedai negara kita,”katanya.

Sedangkan, kata beliau, barangan kita seperti kerepek, dodol atau keropok tidak dapat dijual di negara mereka, kerana perlu lulus ‘standard’ piawaian yang mereka tetapkan.

Justeru itu, beliau memberi ingatan bahawa TPPA yang dicadangkan Amerika Syarikat sebenarnya didalangi oleh yahudi yang agenda utama nya untuk menjajah negara dalam bentuk baru dan memusnahkan negara lain menerusi ekonomi.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Haji Ghani Che Ambak.

Beliau memberi peringatan kepada hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka bahawa penyenaraian FELDA Global Venture (FGV) di Bursa Saham Malaysia menjadikan Tanah Rancangan Felda yang mereka duduki sekarang menghadapi risiko.

“Apabila FGV disenaraikan di Bursa Saham , semua orang boleh membelinya, dengan kejatuhan harga yang diapungkan pada awal penyenaraian, RM 4.20 sehingga sekarang jatuh menjadi RM1.20,

“peneroka FELDA di dalam bahaya diumpamakan sekumpulan ikan yang berada di dalam pukat dan tunggu masa untuk dinaikkan ke darat,”katanya.

Justeru, mantan Ahli Parlimen Setiu itu berkata, orang ramai perlu mengambil perhatian agar ‘cakna’ tentang tindakan kerajaan, bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.

“Jadi sebab itu kita perlu ambil tahu setiap tindakan yang kerajaan buat, untuk mengelakkan daripada hak kita sebagai rakyat, dipermainkan sewenang-wenangnya,

“di mana pemimpin yang adil dan menjaga kehidupan rakya bukan yang boros dan berbelanja sesuka hati menggunakan hasil rakyat, perlu kita pilih untuk menerajui negara kita,”tambah beliau