Clement Selesa Dan Yakin PAS Akan Menang

1483

KUCHING – Calon bukan Islam PAS dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11, Clement Bayang berkata, beliau selalu berkempen di rumah-rumah panjang dan mengatakan bahawa PAS adalah satu platform yang paling berkesan untuk menentang Barisan Nasional.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak juga mengakui bahawa, semenjak beliau bersama-sama gerakan PAS, hati beliau tenteram.

“saya tak nampak dia orang (parti lain) bergerak sejak dari awal tapi bila dekat pilihan raya baru nak bergerak,

clement bayang“saya juga mengakui sejak bersama-sama PAS saya betul-betul tenteram……..kerana saya tidak bekerja berseorangan,”tegasnya kepada pihak media, mengapa beliau bertanding atas tiket PAS dan bagaimanakah beliau mahu menarik sokongan dikalangan bukan Islam.

Clement diisytiharkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang akan mewakili PAS pada Rabu 6 April, akan bertanding di DUN Kakus.

Beliau berkata PAS mempunyai kelebihan kerana mempunyai ahli yang ramai membantu dalam kerja-kerja pilihan raya, dari negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bercakap tentang peluangnya untuk menang di DUN tersebut, Tuai Rumah Seniman itu berkata, semakin ramai orang yang mengikut dan menyokong beliau, semakin cerah harapannya.

“untuk bercakap tentang isu-isu di negeri Sarawak, seseorang calon perlu menggunakan kepandaian dan pengalaman,

“saya tidak pernah undur dari menentang isu kezaliman dan kekejaman (BN) yang sangat-sangat dibenci oleh rakyat,

https://youtu.be/6h5NELiMfzM

“sebagai calon kita mesti pandai mempersembahkan isu dengan bahasa yang lantang dan fakta yang berkesan,”jelasnya.

Beliau meletakkan keyakinan yang sangat tinggi, akan menang dengan mewakili PAS pada pilihan raya kali ini.

Clement turut menasihati pesaingnya yang didakwa beliau adalah kawannya sendiri, agar mengurangkan akiviti dan menarik diri dari menjadi calon untuk bertanding pada PRN Sarawak kali ini.

Menurutnya beliau bimbang akan kesihatan dan keselamatan diri ‘musuh politiknya’ itu sekiranya terus bergiat dalam bidang politik.