BINTULU – Penghuni rumah panjang di kawasan Jalan Bintulu – Miri dalam DUN Samalaju kesal kerana pihak berkuasa belum menurap jalan menuju ke perumahan mereka.
Seorang Tuai Rumah (Ketua Rumah Panjang) menggesa kerajaan BN Sarawak agar mengambil tindakan segera sebelum pilihan raya negeri, yang akan diadakan tidak lama lagi
“Kami sangat mengharap jalan kami diberi segera, jalan ke rumah panjang dari jalan utama tidak jauh. Tapi kenapa masih lagi kami belum dapat?”
“Kami tidak akan percaya BN lagi kerana sudah lama berjanji namun jalan tersebut tidak juga dibuat. Kali ini kalau mereka berjanji, kami mohon BN mesti buat semua jalan-jalan itu sebelum hari mengundi,”katanya yang mahu namanya dirahsiakan.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan PAS Samalaju, yang telah dipanggil oleh penduduk berkenaan untuk mengajukan permasalahan mereka.
Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Jofri Jaraei, penduduk terbabit percaya kemampuan dan komitmen PAS yang konsisten mengenengahkan suara rakyat di Bintulu.
“dan terbukti (masalah yang diutarakan) didengari serta diambil tindakan oleh pihak berkenaan atas aduan yang dibuat,
“(mereka) sudah hilang kepercayaan kepada BN dan memberi harapan dan kepada Penyelaras DUN Samalaju Zharudin Narudin yang banyak menyelesaikan masalah pengundi di DUN Samalaju.
“Contoh masalah yang telah diselesaikan ialah apabila Bintulu Development Authority (BDA) telah memberi jaminan bahawa jalan raya masuk ke Kampung Kuala Nyalau akan mula dibina pada bulan April,”ujar Haji Jofri
Sehubungan itu, PAS Samalaju sudah menyusun beberapa projek melalui program Untukmu Sarawak di DUN itu, khusus untuk menyelesaikan masalah pengundi dalam kawasan tersebut.
Seramai 3,841 pengundi Samalaju mendiami kawasan tersebut dan merupakan pengundi majoriti di Samalaju.
Mereka sudah lama menanti agar jalan raya di kawasan kediaman mereka diturap oleh pihak yang berkenaan.
Sementara itu isu yang berkaitan dengan penduduk rumah panjang di Samalaju masih lagi terdapat penduduk tidak dapat bekalan air bersih.


Di era tahun 2016 masih lagi terdapat masyarakat pinggir bandar yang akan menjadi bandar baru industri yang belum lagi dapat bekalan air bersih. Ini berlaku di kebanyakan rumah panjang di kawasan Samalaju yang tidak diberi bekalan air bersih sejak berpuluh tahun lalu malah ada yang mencecah 30 tahun.
Apa yang lebih menyedihkan, rumah panjang ini hanya berada di tepi jalan dan “water head” juga hanya beberapa meter dari rumah mereka. Penduduk sudah putus asa memohon kepada Ahli Parlimen dan juga ADUN yang berkaitan namun tiada tindakan yang dibuat sehingga kini.
Tinjauan PAS telah mengambil beberapa lokasi di sepanjang jalan Miri-Bintulu yang tidak mendapat bekalan air bersih.
Amat malang lagi ada punca takungan air mereka bakal ditutup kerana projek Pan-Borneo yang merentasi takungan tersebut. Akibat dari projek jalan raya ini nanti sudah pasti kawasan takungan air mereka tercemar teruk.
PAS Samalaju mengesa pihak berwajib memandang serius perkara ini dengan menyelesaikan masalah mereka dengan segera. Menurut seorang Tuai Rumah yang enggan namanya dikenali berkata “Kami tidak mahu dengar janji dari BN lagi, kalau betul dia hendak buat, buat sebelum hari mengundi.”




























