Projek ‘Pancing Undi’ Umno Lebih Penting Dari Pendidikan Rakyat

1277

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – UMNO lebih mementingkan kepentingan politik peribadi mereka daripada membela dan membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata, peruntukan dana politik kerajaan untuk memancing undi lebih banyak daripada menaja untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

isu sidang 039(1)“Razif kata, kami walaupun tiada duit, dana raya, bakti remaja dan dana-dana politik yang diberikan kepada orang UMNO, kami akan tetap beri bahkan lebih banyak,

“dan tidak akan menaja pelajar keluar negara walaupun seorang,“dedah beliau dalam Majlis Dialog Isu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada selasa,22 Mac di Dewan Bangunan DUN Sura, di sini.

Beliau menambah, sebanyak RM50 peruntukan ‘one-off’ bagi dana politik tersebut, dimana setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM2 juta akan diteruskan untuk ‘tarik undi’.

“Kerajaan memberi alasan tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menghantar pelajar keluar negara dan mengharapkan syarikat berkaitan kerajaan Negeri (GLC) seperti TDM Berhad, EPIC Berhad yang menaja pelajar cemerlang untuk menyambung pelajaran di luar negara,

“Pesuruhjaya PAS (Ustaz Satiful Bahri Mamat) telah memberi cadangan kepada kerajaan negeri supaya dihapuskan dana-dana tersebut,

“tetapi (sebaliknya) lepas tu mereka menuduh PAS hendak menghapus dana-dana untuk kebaikan rakyat,”jelas Ariffin yang juga Pengarah PIlihanraya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dengan nada kesal.

isu sidang 050Majlis yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) itu, turun ke kawasan-kawasan bertujuan untuk memberi penerangan kepada golongan wanita tentang isu-isu berkaitan pada persidangan DUN yang berlangsung selama 3 hari, awal bulan ini.

Peserta Dialog juga diberitahu bahawa Akta Laut yang telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2012, telah menjadi undang-undang bahawa minyak yang dijumpai di lautan, lebih daripada 3 batu nautika, adalah menjadi hak kerajaan pusat.

“Semua minyak hok ada di perairan Terengganu sudah tidak menjadi hak kerajaan negeri malah kerajaan negeri yang dikuasai UMNO sendiripun tidak boleh menuntut sebarang royalti atau ihsan,

“dan Sidang DUN Kelantan dan Terengganu telah membuat satu usul menolak Akta Laut itu,”tegas Ariffin.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Dungu, Puan Khairiah Mokhti.