KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memberikan sumbangan bagi meraikan para pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolaha Malaysia (STPM) yang telah diumumkan pada Rabu lalu.
Di Kuala Terengganu, Yang DiPertua PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama kepimpinan PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN Batu Buruk telah menziarahi adik Siti Nur Munirah Omar.


“Rahsia kejayaan saya ……macam orang lain juga, belajar bersungguh-sungguh…………..cuma dalam kelas saya fokus dengan apa yang cikgu ajar dan faham waktu tu juga,
“Kalau tak faham dalam waktu itu, saya rasa susah sikit,”ujarnya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Gong Tasek, semalam Khamis 3 Mac.
Munirah yang memperolehi keputusan cemerlang dengan pemcapaian PNGK 4.0 berkata, ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan.
“Mak dan ayah saya (sentiasa) sokong saya dari kewangan (dan pembelajatran) kalau saya tak faham dia orag tolong juga……… Insha Allah saya nak gi (melanjutkan pelajaran ke) UKM.
“untuk ambil (pengajian) apa tu, saya belum buat keputusan,”tambahnya.


“Saya amat gembira di atas kejayaan anak saya…………… Tak sangka, sebab sebelum ini rasa-rasa saya memang dia tak dapat macam ini,
“Tiba-tiba cikgu mari cakap (datang dan beritahu) dia dapat (keputusan cemerlang). Harapan saya, supaya dia melanjut pelajaran yang lebih tinggi,”katanya dengan nada terharu.
Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, kejayaan Munirah bukan sahaja menggembirakan beliau dan keluarga, malah seluruh warga bandaraya Kuala Terengganu.
“saya mewakili PAS kawasan Kuala Terengganu bersama dengan Majlis Tindakan DUN Batu Burok dan juga pihak Dewan Muslimat datang ke rumah Siti Munirah ini untuk memberikan ucapan tahniah kepada beliau di atas kejayaan yang cemerlang,


Beliau berharap, kejayaan yang dicapai oleh Munirah dapat memberi inspirasi kepada para pelajar yang lain.
Sementara itu di Besut, Setiausaha PAS Kawasan Cikgu Solahuddin Jaafar telah berkunjung ke rumah adik Mohd Afiq Hakim Zukiman, yang merupakan pelajar terbaik STPM bagi negeri Terengganu.
Beliau mewakili warga PAS Besut turut menyampaikan sedikit sumbanganatas kejayaan tersebut.
https://youtu.be/Q_JqkYOskS8





























