Mangsa Hakisan Gesa Kerajaan Bertindak Segera

2945

KUALA NERUS – Fenomena ombak besar hingga berlaku hakisan pantai setiap tahun cukup meresahkan penduduk di Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan Mengabang Telipot.

Hakisan yang tiada kesudahan itu berpunca dari ‘kesilapan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah di peringkat negeri dan pusat atas nama projek pembangunan.

kam3394(h)-hakisan8Seramai 15 buah keluarga di persisir pantai Kampung Tanjung Gelam terancam rumah kediaman masing-masing akibat laut bergelora dan ombak besar.

Dua buah rumah yang kritikal yang telah dirempuh ombak besar pada malam 25 Januari lalu yang mengakibatkan kerosakkan teruk.

Keluarga Encik Abdullah Mat Isa, 52, yang tinggal di rumah pusaka sejak 19 tahun lalu terpaksa berpindah sementara kerana kediamannya rosak teruk dipukul ombak.

“Kami tinggal di rumah pusaka ini tiga beranak sejak 19 tahun lalu. Semalam (25 Januari) ombak besar dan angina kencang hingga rosak teruk di bahagian dapur dan bilik tidur.

“Sebahagian rumah saya runtuh dan kami terpaksa pindak ke rumah mertua di Kampung Padang Kemunting buat sementara waktu ini,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, laut bergelora dengan angin kuat dan ombak besar bermula seawal jam 7.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam.

kam3394(c)-hakisan3Beliau bersama isterinya Hani Awi, 45, dan seorang anak perempuan tunggalnya Nur Hidayah Abdullah, 18, cukup bimbang bakal kehilangan rumah pusaka itu kelak.

Katanya, berdasarkan situasi semasa ombak besar beberapa hari lagi sudah pasti rumah pusaka tersebut akan runtuh 100 peratus akibat bencana itu.

Encik Salim Awi, 51, menggesa pihak berkuasa kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah banteng penghadang ombak.

“Saya minta kerajaan (negeri) dan jabatan yang terlibat supaya segera buat benteng untuk halang ombak dari terus menghentam rumah pusaka kami.

“Ini semua (punca) kerana kerajaan buat landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dengan menambak laut beberapa ratus meter,” jelasnya.

Menurut beliau, benteng pemecah ombak dibuat di hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk selamatkan kawasannya.

Lapangan Terbang Sultan MahmudNamun, katanya yang menjadi mangsa hakisan pantai akibat banteng tersebut adalah penduduk dan nelayan pantai di kampung terbabit.

Mohd Nadir Sazwan Mohd Yahya, 26, berkata fenomena ombak besar tahun ini lebih teruk dari sebelumnya.
Katanya, ombak besar itu turut menghentam bilik tidur hingga dipenuhi air laut, pasir serta batu-batu dari banteng yang dibina.

“Kami tinggal satu keluarga dalam tujuh orang. Angin kencang, hujan dan ombak besar mula ‘menyerang’ antara jam 7.30 petang hingga waktu tengah malam.

“Banyak kerosakkan berlaku termasuk peralatan kerja kimpalan saya ditenggelami air waktu kejadian itu dan dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000 kerugiannya.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga terselamat dan sangat mengharapkan supaya tindakan segera kerajaan untuk jangka masa pendek mengatasi masalah itu,” ujarnya yang bekerja sebagai buruh.

kam3394(g0-hakisan7Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara, Abdul Rahman Bakar, 66, mendakwa seramai 200 orang nelayan pantai terjejas akibat fenomena ombak besar tersebut.

Katanya, dengan kejadian tersebut sudah pasti nelayan pantai tidak dapat turun ke laut dalam jangka masa lima bulan.
“Nelayan yang ada dalam lingkungan 200 orang dan sudah pasti mereka tidak dapat turun ke laut dalam tempoh lima bulan kerana fenomena ini.

“Hakisan pantai yang teruk menyebabkan bot-bot nelayan dan pengkalan mereka rosak akibat dirempuh oleh ombak besar,” ujarnya.

Menurut beliau, punca asal hingga membawa kepada hakisan yang teruk mutakhir ini setelah terbinanya landasan lapangan terbang (LTSM).

Sebelum ini hakisan pantai teruk melanda kawasan pantai di Kampung Tok Jembal dan sekitarnya tetapi telah berkurangan setelah benteng pemecah ombak dibina.

hakisan mengabang telipot“Sekarang Kampung Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan Mengabang Telipot pula menjadi mangsa hakisan pantai setelah Kampung Tok Jembal selesai dengan bentengnya.

“Kami (penduduk) telah cuba beri pandangan dan nasihat sebelum sesuatu projek menambat laut dibuat dahulu tetapi pihak (jabatan) terbabit tidak mahu mendengarnya,” jelas beliau dari tiga generasi di kampung berkenaan.