Perlantikan AG ‘Cacat Moral’

1185

KUALA TERENGGANU – Sekalipun Peguam Negara (AG) tidak dilarang dari segi undang-undang untuk menduduki kerusi Lembaga Pengarah mana-mana GLC atau Badan Berkanun tapi ‘cacat’dari segi moralnya, kerana beliau tidak sepatutnya berada di situ.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, tanggungjawab AG adalah untuk menggunakan kuasa pendakwaan yang disandangnya bagi menegakkan undang-undang.

“Maka beliau perlu kekal bebas dan independen. Duduk dalam Lembaga Pengarah bermakna beliau turut terlibat dalam membuat keputusan.

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/dr%20azman%20ibrahim.jpg“Apakah akan jadi selepas ini dengan keputusan Lembaga Pengarah TH yang turut disertai AG? Bebas pendakwaan?,”soalnya

Beliau berkata demikian ketika mengulas perlantikan AG sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, isu yang telah menjadi ‘viral’ sejak beberapa hari lalu.

Namun begitu, sekiranya dengan memasukkan AG sebagai Ahli Lembaga Pengarah, akan menambahbaikkan keadaan, beliau mencadangkan agar AG dilantik kepada institusi yang dikaitkan dengan beberapa gejala ‘kurang sihat’.

“Kalau dengan masukkan AG dalam Lembaga Pengarah, maka GLC atau Badan Berkanun tersebut menjadi bebas rasuah serta penyelewengan,

“maka baik masukkan sekali AG dalam MAS, TNB, Petronas, KWSP, KWAP, Telekom dan banyak lagi,”tambahnya.