KUALA NERUS – Ahli-ahli dan penyokong PAS serta orang ramai di kalangan wanita di negeri Terengganu digesa ‘meributkan’ setiap perbincangan mereka di mana sahajadengan isu-isu yang melanda negeri dan negara ketika ini.
Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu, Puan Safinah Jusoh menyarankan ‘kaum hawa’ itu menggunakan kelebihan mereka yang ‘suka bercakap banyak’ untuk menjadi ‘juruhebah’di kalangan kelompok masing-masing.


“untuk memberitahu (menghebahkan) tentang isu-isu yang sedang melanda negeri dan negara ini sekarang,”jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Wanita dan Isu yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) Muslimat di Dewan Masjid Jamek Tok Jiring, dekat sini pada Sabtu 21 November.
Sehubungan itu, beliau kesal dengan dengan sambutan hebat yang diberikan oleh negara tehadap Presiden Barrack Obama, bangsa Amerika Syarikat yang sangat ‘prejudis’ terhadap Islam.
Katanya, calon Presiden Donald Trump yang mahu menarik menarik perhatian telah mengeluarkan publisiti murahan dengan menggesa diwujudkan ‘database’(pangakalan data) khas untuk orang-orang Islam sahaja.


“sedangkan kerajaan (Umno dan Barisan Nasional) menyambut (Presidennya) besar-besaran (padahal) mereka menyerang dan membunuh umat Islam di serata dunia,”tegas beliau.
Sementara itu, Ketua Lajnah LPHM Muslimat Puan Maznah Muftahuddin meminta para peserta bengkel yang terdiri dari penggerak Muslimat dai seluruh negeri Terengganu menjadi ‘ejen-ejen’ penyebar maklumat.
“kita harap semua peserta ‘Muslimat’ yang hadir pada hari ini supaya lebih peka dan sensitive dengan perkembangan semasa yang melibatkan kaum wanita,


Seramai hampir 200 orang para ptugas dan penggerak Muslimat membincangkan lapan tajuk utama isu-isu berkait dengan wanita pada program yang berakhir jam 2.00 petang tersebut.
Ia merupakan satu sejarah baru bagi Muslimat Terengganu yang mengadakan bengkel seumpamanya buat kali pertama, bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.





























