Tiga Tahun Menunggu, Terima Kasih Kepada PAS

1125

Oleh : Zul Shawal

DUNGUN – Setelah menunggu tindakan lebih daripada 3 tahun, akhirnya sebahagian penduduk Kampung Pasir Raja dapat menikmati kembali bekalan air bukit yang telah lama terputus ke kediaman mereka.

Masalah yang melanda mereka akibat sistem paip yang menyalurkan air bukit daripada Empangan Cermai sebahagiannya telah hilang.

Menurut penduduk kampung tersebut, Abdul Razak Zainal yang juga bekas AJK JKKK Pasir Raja berkata, masalah tersebut telah dipanjangkan kepada pihak UMNO namun sehingga sekarang pihak mereka masih membisu.

“Alhamdulillah, bila kami berjumpa dengan Ustaz Zali, Pengarah MTD Bukit Besi untuk mengadu masalh kami. Ustaz Zali bersetuju untuk membawa masalah ini kepada Ahli Parlimen Dungun,”Ujar Abdul Razak yang mewakili penduduk yang terbabik.

IMG_20151102_134748Tambah beliau lagi, selama 3 tahun 12 kekuarga yang menghadapi masalah itu bergantung sepenuhnya dengan bekalam air sungai. Namun begitu masalah lebih serius belaku apabila musim kemarau melanda, sungai menjadi cetek dan sukar untuk mengepam air sungai ke kediaman mereka.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Hj. Ghazali Sulaiman ketika ditemui berkata, ketika tinjauan bagi mengambil maklumat tentang aduan penduduk Pasir Raja ini, pihak MTD Bukit Besi merasa hairan kenapa pihak UMNO tidak berusaha menyelesaikan keperluan asas mereka. Ditambah dengan kehidupan mereka yang susah menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada perkhidmatan Syarikat Air Terengganu (SATU).

“Laluan paip SATU memang ada disediakan di kawasan perumahan mereka yang terlibat, namun jika dilihat rata-rata keluarga yang terlibat dengan permasalah ini terdiri daripada keluarga kurang bernasib baik. Mereka tidak mampu untuk membayar kos pendaftaran perkhidmatan air daripada SATU yang begitu tinggi.’ jelas Hj. Ghazali yang juga Setiausaha PAS Kawasan Dungun.

“Hasil daripada tinjau pihak MTD, kami panjang masalah ini kepada YB Ustaz Wan Hassan, alhamdulillah YB bersetuju untuk mencari sumbangan bagi menyelesaikan masalah tersebut,’ tambah beliau lagi.

Kerja-kerja gotong royong pemasangan paip HDPE sejauh hampir 4 kilometer bermula daripada takungan air Empangan Cermai ke kedaiman penduduk terbabit siap dilakukan dalam tempoh sehari. Seramai 30 orang tenaga bantu daripada penduduk setempat dan AJK MTD Bukit Besi bersama-sama menjayakan program tersebut.

YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, YDP PAS Kawasan Dungun dilihat hadir seawal pagi bagi bersama penduduk kampung untuk dalam program tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun, mengucapkan terima kasih kepada tenaga bantu yang hadir menjayakan program khidmat kepada penduduk Kampung Pasir Raja.

IMG_20151102_135035“Tahniah kepada semua yang hadir bergotong royong pada hari ini (sabtu). Semoga kerja buat kita ini, dicatat oleh malaikat dan dikira oleh Allah sebagai amalan soleh, dan ingatlah selagi air yang keluat daripada kepala paip dan digunakan oleh mereka yang terlibat untuk tujuan ibadah,

“selagi itu hasil titik peluh tuan-tuan dikira sebagai sedekah alam jariah yang tidak akan putus dan terus mengalir pahalanya,”ucapan Ustaz Wan Hassan ketika kerja-kerja gotong royong pemasangan paip itu selesai.

Ditanya mengenai kos untuk membeli paip serta paip tersebut, Ahli Parlimen tersebut menjelaskan ia adalah hasil kutipan daripada sumbangan sahabat jemaah dalam PAS dan sedikit daripada duit gaji beliau.

“Saya merasa hairan, kenapa pihak ADUN Bukit Besi sekarang tidak mampu untuk selesaikan masalah ini, dengan lantikan beliau sebagai exco kerajaan negeri,

“peruntukkan yang beliau terima adalah cukup besar. Sepatutnya masalah ini dapat diselesaikan segera, rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama bagi menikmati keperluan asas,” hujah Ustaz Wan Hassan.