

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tiga orang panel hakim itu yang mendengar kes rayuan tersebut, Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya semalam.
Dalam penghakiman ketiga-tiga hakim itu hari ini, mereka telah sebulat suara memutuskan menerima rayuan Zambry, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini
Keputusan dibacakan oleh Datuk Md Raus pada jam 3.44 pm dimana hakim-hakim itu berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.
Suasaa Mahkamah Rayuan menjadi senyap seketika ketika penghakiman dibacakan.
Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, sekumpulan 200 orang melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Bagaimanapun kedua-dua, Menteri Besar Pakatan Rakyat Nizar dan Menteri Besar BN Zambry tidak hadir dimahkamah.




























