

KUALA TERENGGANU – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia digesa untuk bersuara dan memberikan buah pemikiran pada Persidangan yang akan berlangsung pada Isnin dan Selasa ini.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa berkata, orang ramai boleh mengikuti siang selama dua hari tersebut melalui platform atas talian.
“hadirlah dan tunaikan amanah sebagai dan mewakili generasi muda Darul Iman pada sidang pada 11 dan 12 Ogos ini,
“Inilah masanya kepada para ADUN Belia sesi 2024 -2026 membahaskan idea-idea yang bernas untuk mencorak masa depan negeri,” jelasnya pada satu siding video di pejabatnya pada pagi ni.
Tegasnya, bukan semua anak muda diberikan peluang dan ruang untuk menyampaikan saranan dan cadangan secara langsung kepada pihak pentadbiran negeri.
Menurutnya, anggaran jumlah belia dan beliawanis di Terengganu yang berumur 15 hingga 30 tahun adalah lebih kurang 320,000 hingga 340,000 orang.
“Anggaran ini berasaskan data unjuran struktur umur Jabatan Statistik (OpenDOSM) yang menunjukkan golongan umur belia merangkumi sekitar 26% hingga 27% daripada keseluruhan 1.26 juta penduduk negeri Terengganu.
“daripada jumlah tersebut hanya 32 orang dipilih sebagai ADUN Belia,” jelas beliau lagi.


Oleh itu, beliau berharap ia dapat menyuntik semangat dan memberikan motivasi kepada seluruh rakyat khususnya kepada anak-anak muda.
“semoga segala usaha kerajaan negeri melalui potfolio Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri yang diterajui oleh YB Ustaz Haji Hisahamuddin Abdul Karim,
“diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT jua, Amin,” ujar beliau.
Menurut laman rasmi ADUN Belia Terengganu, Mesyuarat Ketiga ADUN Belia Terengganu Siri Ke-3 (Sesi 2024–2026) akan berlangsung pada 10 hingga 11 Ogos 2026 bertempat di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Persidangan ini merupakan ‘platform simulasi legislatif’ rasmi untuk anak muda membincangkan, membahaskan usul, dan mencetuskan idea kreatif demi pembangunan negeri Terengganu.
Orang awam, mahasiswa, belia, dan pemimpin masyarakat digalakkan untuk mengikuti persidangan ini melalui dua kaedah, sama ada hadir sebagai Pemerhati atau menonton perbahasan secara digital melalui siaran langsung
“Anda boleh mendaftar secara fizikal dengan mengimbas kod QR pendaftaran yang disediakan pada poster hebahan di Facebook Rasmi UBSNT. Tempat duduk di galeri awam adalah terhad.
“atau ikuti Siaran Langsung Atas Talian melalui media rasmi kerajaan negeri di halaman Facebook UBSNT, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), dan TV Darul Iman.” Menurut kenyataan tersebut




























