Nasruddin Ketua Penerangan, Mahfuz dan Salahuddin Dilantik AJK Kerja

1450

Tiga bekas pemimpin tertinggi PAS yang tewas dalam pemilihan awal bulan ini dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2015-2107.

Dua daripadanya ialah calon jawatan naib presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub manakala seorang lagi ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Kerja PAS Pusat.

[Gambar atas – paling kiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, bersama Ketua Penerangan Ustaz Nasruddi Hassan meniringi Presiden PAS mengunjungi ‘Bazaar Ramadhan’ di Jalan Tuanku Abdul Rahman KualaLumpur pada petang Ahad 21 Jun]

Dalam sidang media yang samadi Pejabat Agong PAS di sini, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Mustafa Ali ke jawatan Pengarah Pilihan Raya.

IMG-20150621-WA0073Jawatan Setiausaha Agung yang disandang Datuk Mustafa atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Pa’ sebelum ini pula diamanahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan.

Turut diumumkan pelantikan Nasrudin Hassan Tantawi yang juga AJK PAS Pusat sebagai Ketua Penerangan PAS yang baharu.

Ditanya sama ada ketiga-tiga calon yang tewas itu menerima pelantikan berkenaan, Tuan Ibrahim berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas negatif berhubung perkara tersebut.

“Kita sudah keluarkan surat pelantikan kepada semua yang berkenaan pada minggu lalu. Namun kami tidak menerima apa-apa maklumat penolakan.

“Jadi kita anggap mereka menerima pelantikan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Datuk Tuan Ibrahim menyeru agar, setiap ahli PAS menerima keputusan pemilihan pada Muktamar Tahun Kali Ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.

“Setiap ahli parti adalah terikat kepada peraturan dan dasar-dasar parti dan aktiviti-aktiviti yang hadir tidak lari dari kedudukan parti,” kata Timbalan Presiden pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Berikut adalah senarai AJK yang diumumkan sebentar tadi –

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan
Bendahari: Mohammad Nor Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

AJK PAS Pusat (Lantikan)

1. Mohammad Hussin (Sabah-Sarawak)
2. Muhtar Suhaili (Sabah-Sarawak)
3. Zainal Abidin Kidam
4. Datuk Mahfuz Omar
5. Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
6. Salahuddin Ayub
7. Dr Najihatussalehah Ahmad
8. Mohd Taufek Abdul Ghani