Daulat Tuanku! Ya Allah Lanjutkan Usia dan Berkati Pemerintahan Tuanku

4608

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merafakkan sembah, Daulat Tuanku dan mendoakan kehadrat Allah SWT semoga usia kebawah Duli Yang Maha Mulia alWathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dlanjutkan dan pemerintahan Tuanku diberkati Allah jua.

IMG-20150424-WA0045Seluruh ahli dan para penyokong PAS, merakamkan sembah tahniah dan ucap selamat ‘Sanah Helwah’ kepada Tuanku Sultan dan Yang DiPertuan bagi negeri Terengganu Daruliman serta jajahan takluknya sempena ulang tahun tahun ke-53 hari keputeraan baginda.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim dari kami semua rakyat jelata!

YB Haji Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
7 Rejab 1436H/ 26 April, 2015