Alasan ‘Kalau Laksana Islam Kalah Pilihanraya’, Seperti Pemimpin Yahudi Cuba Menipu Nabi SAW

1721

MARANG – Alasan yang dikemukakan oleh sesetangah pihak, bahawa sekiranya dilaksanakan syariat Islam, PAS akan kalah dalam pilihanraya, telah diberikan panduannya oleh Allah didalam al-Quran.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di masjid Rusila membaca sebahagian ayat -ayat al-Quran dari surat al-Maidah ayat 49.

almaidah049
Firman Allah (yang bermaksud) dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka.

Katanyanya, sebab ‘nuzul’ (turun)nya ayat itu adalah apabila para pemimpin Yahudi berpakat sesama mereka, untuk menipu nabi Muhammad SAW.

IMG-20150424-WA0018“mari kita tipu Muhammad supaya Muhammad jangan (meng)hukum dengan hukum yang ada dalam al-Quran. Kita pujuk Muhammad, sila kau selesaikan masalah kami, hukumkan kami dengan hukuman yang molek, maka orang-orang kami akan ikutmu wahai Muhammad,”ujarnya ketika mentafsirkan ayat tersebut .

Lalu, kata Ustaz Hadi, tuhan bertegas dengan nabi, dan telah memberitahu nabi agar jangan mengikut mereka.

“Jangan ikut hawa nafsu mereka. Macam sekarang lah jugak ada orang kafir mari pujuk kita, Jangan buat lah hudud ni kalau tak buat hudud, nanti kita masuk Islam.

“Kalau tak buat hudud ni kita sokong lah…………Inilah dia (kisah yang telah ditunjukkan oleh Allah),”jelasnya.

Malangnya, kata beliau, ada antara orang-orang Islam yang takut kalah dalam pilihanraya, telah terpengaruh dengan tipudaya orang-orang kafir itu dan telah bersetuju dengan mereka.

“Maka ada orang kita takut kalah pilihan raya, tak nak laksanakan syariah. Takut kalah pilihan raya. Kalau laksanakan syariat, orang takkan sokong kita dalam pilihanraya,”ujar beliau lagi, pada Jumaat 24 April.

20150424_102210Beliau berkata, Allah telah menegaskan dalam al-Quran agar orang-orang Islam jangan mengikut hawa nafsu orang-orang kafir yang menentang Islam dan tidak mahu menerima perlaksanaan syariat Islam.

“Mereka menggoda kamu sehingga kamu meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah. Maka kita tidak boleh ikut melainkan ikut batas yang telah ditetapkan oleh Allah yang dbuat oleh Nabi.

“Di antaranya ialah kita tak boleh larang orang kafir makan babi, minum arak, tu hak agama mereka. Saidina Umar, Abu Bakar semua ikut. Ini namanya sempadan. Yang tak boleh nya bila kita ikut minum sama,”katanya lagi.

Dari segi samada mahu mengenakan orang bukan Islam dengan hukum hudud, kata beliau, ia bergantung kepada ‘ijtihad’.

“Ada riwayat mengatakan bahawa nabi menghukum orang orang yahudi dengan hukum Islam. Ada riwayat mengatakan nabi menghukum orang yahudi dengan hukum yang ada dalam kitab mereka, terpulang pada mereka,

“hukum apa yang mereka mahukan sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud) jika sekiranya mereka datang kepada kamu wahai Muhammad, maka kamu boleh hukum atau kamu boleh biarkan mereka,”ujarnya lagi.

https://youtu.be/y-3hFxCI3uc