PAS berharap mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersedia untuk bertemu bagi menyelesaikan misteri tentang pembunuh sebenar Altantuya.
Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, beliau menyambut baik kenyataan terbaru Tun Mahathir berkenaan kes terbabit.


“Beliau mengatakan adalah zalim jika Sirul dibunuh sedangkan dia hanya menjalankan arahan,
“Saya ingin menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Tun Mahathir dengan membawa bersama Ibu Sirul yang ingin menyatakan sesuatu kepada Tun jika pertemuan ini benar-benar berlangsung.
“Ibu Sirul tetap mengharapkan hak anaknya terbela kerana Sirul telah dianiayai dan dijadikan kambing hitam dalam kes pembunuhan Altantuya,”menurut Mahfuz dalam kenyataan medianya petang ini.


Katanya, beliau juga ada berhubung dengan Sirul berkenaan perkembangan terkini ini.
“Dia (Sirul) menyatakan rasa terharu dan terima kasih kepada Tun Mahathir yang menyuarakan hal yang dihadapinya dan masalah yang melanda negara sekarang,”jelas Mahfuz.
Justeru, beliau Saya berharap agar pihak Tun sedia untuk bertemu dengannya dan Ibu Sirul. agar sedikit-sebanyak ia dapat menyelesaikan kontroversi kes yang penuh misteri ini dan harapan baru kepada Sirul.




























