Siasat Semula Kes Altantuya – Mahfuz

3224

Kerajaan Malaysia terus berahsia dan masih menyembunyikan kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku pada tahun 2066 yang melibatkan seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam.

Perkara tersebut dibangkitkan lagi dan telah di soal oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Menurut Ketua Whip Ahli Parlimen PAS itu, pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, namun pihak kerajaan masih gagal memberi penjelasanan.

“di parlimen saya ada membangkitkan isu siasatan semula kes pembunuhan Altantuya. Saya bangun semula memperingatkan semula Menteri ketika sesi penggulungan Kementerian Dalam Negeri,

“namun, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pun memberi respon balas terhadap persoalan tersebut,”kata beliau menurut kenyatataannya yang dikeluarkan semalam.

lokasi bunuh altantuyaOleh itu menurutnya, ia akan membuatkan kes pembunuhan Altantuya itu akan terus menjadi misteri.

Mahfuz menjelaskan, pihak tertuduh bekas komando polis Sirul Azhar telah mendakwa bahawa beliau hanya melaksanakan arahan pihak tertentu dalam pembunuhan tersebut.

Namun kerajaan terus mengenepikan dan memandang sepi dakwaaan tersebut.

“Adakah ini bermakna kerajaan ingin melindungi rahsia tersebut daripada terbongkar. Siasatan semula terhadap kes ini amat penting agar motif pembunuhan itu dapat dikenalpasti.

“Apatah lagi, gesaan yang sama turut disuarakan oleh Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa suspek utama kes ini sudah dibebaskan oleh Mahkamah,”ujar Mahfuz.

Justeru, beliau mewakili PAS mendesak agar kes tersebut dibuka semula dan diadakan siasatan bagi mengetahui siapakah sebenarnya yang melakukan pembunuhan kejam itu.

“saya mendesak kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia agar dengan berani dan telus untuk bertindak menyiasat semula kes ini,

“agar pihak yang mempunyai motif sebenar yang melakukan perbuatan kejam lagi zalim ini mendapat balasan yang setimpal sekaligus menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa,”tegasnya