Pemerintahan PAS di Terengganu (1999 – 2004) Menjadi Panduan

2329

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/08/selangorkini.jpgKEMAMAN – Halangan kerajaan pusat menyekat rakyat untuk mendapat maklumat sebenarnya menyebabkan berita kebaikan dan Kebajikan yang dilaksanakan oleh negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat tidak sampai keperingkat bawahan.

Antara tindakan kerajaan Umno/BN Pusat adalah menarik balik permit bagi percetakan akhbar yang menjadi suara kepada parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Selangor Dr Badrul Amin Baharom kini beliau turun ke kampung-kampung bagi memastikan maklumat berkaitan dasar dan program kerajaan diketahui khalayak.

“Pada hari ini kita turun ke kampung-kampung, orang akan kata, kami tak tahu selama ini, rupanya negeri Selangor sudah banyak buat kebajikan untuk kami. Mereka tak tahu. hatta air percuma 20 meter padu itu. dia pun tak tahu,

“bila kita tanya … di Hulu Selangor (parlimen) yang kita kalah dulu, tanya makcik di kampung ni….makcik tahu tak air percuma negeri selangor? (mak cik tu jawab) tahu. (kita tanya lagi) siapa bagi? (makcik tu jawab) Najib,”ujar Dr. Badrul menceritakan pengalamannya sejak dilantik selaku Pengarah Penerangan Selangor.

Beliau berkata amanah yang disandangnya adalah amat berat dan tidak mudah untuk menyampaikan dan menjelaskan dasar dan program kerajaan

“Saya menerima amanah sebagai Pengarah Penerangan Negeri ini (dengan) menyedari tugas saya bukan mudah, tugas saya berat,  untuk menyampaikan dasar, menjelaskan dasar kerajaan, menjelaskan program kerajaan kepada rakyat satu tugas yang bukan mudah,

“dalam keadaan kita dihalang. Suara keadilan sudah tiada permit. dan kita ada (di negeri Selangor akhbar) Selangorkini, akhbar kerajaan negeri yang kita sedang sebarkan pada hari ini,”jelasnya ketika menyampaikan ucapan di Chukai, Sabtu 31 Julai.

Katanya, pihak kerajaan negeri akan menambah pengeluaran Selangorkinin(gambar) daripada 60,000 naskah kepada 300,000 bahgi memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat yang tepat.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengakui, negeri Terengganu yang diperintah oleh PAS dari tahun 1999 hingga 2004 banyak memberi panduan kepada pentadbiran kerajaan dibawah Pakatan Rakyat dan juga pemuafakatan diantara poarti-parti dalam Pakatan Rakyat.

“Kita belajar banyak daripada Terengganu. sebagaimana kita (Barisan Alternatif) pernah pegang (memerintah negeri) Terengganu dan hilang terengganu pada penggal berikutnya,”kata Dr. Badrul.

Beliau berpendapat, antara punca Barisan Alternatif ketika itu hanya mampu memerintah sepenggal sahaja adalah kerana kurangnya persepakatan diantara parti-parti yang bergabung.

“Puncanya pertama sekali, yang kita sedang perbaiki hari ini ialah mungkin waktu itu kurangnya kesepakatan antara komponen. PAS, Keadilan (dan) DAP, ini sedang diperbaiki hari ini. (dengan itu) Insya-Allah, rakyat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (akan terus) berikan sokongan,”tegasnya.

Menurutnya. kekuatan Pakatan Rakyat adalah kesepaduan di antara tiga parti, sekiranya  salah satu daripada parti samada PAS, PKR atau DAP lemah, Pakatan Rakyat tidak akan mampu mempertahankan kemenangan dinegeri-negeri yang dikuasai kini.

“Percayalah, kita tidak mampu pertahankan Selangor, Kedah, Pulau Pinang….. tak boleh…..kalau di Kedah itu hanya PAS sahaja yang kuat, kalau di Selangor hanya Keadilan yang kuat (sedang) PAS terbiar, DAP terbiar,

“percayalah, kita tidak mampu pertahankan Selangor,  sebab itu pengajaran kita daripada (pemerintahan PAS) Terengganu ialah kita akan perkukuhkan Pakatan Rakyat,”katanya yakin.

Justeru beliau yakin, Mufti Perak Tan Sri Harussani telah dipergunakan oleh Umno/BN memecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Harussani, Mufti Perak, ‘negeri pasir berdegung’, itu diperalat untuk pecah belahkan kita. dia boleh buat cerita. dia boleh jaja cerita……oooh, saya (Harussani) bertemu dengan pimpinan-pimpinan pas untuk bincang isu perpaduan…… (sebenartnya) bohong!,”jelas Dr. Badrul

http://www.youtube.com/watch?v=yAJSl7Csfgs