Menjelang kehadiran Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 yang menyaksikan Malaysia sebagai negara tuan rumah, Asian Federation Of Muslim Youth [AFMY] menyeru kepada para belia yang terdiri daripada rangkaian NGO, pertubuhan dan parti Islam khususnya rantau Asia untuk bersama-sama ‘berkampung’ mulai 19 hingga 22 Mac 2015 di Rusila, Terengganu, Malaysia.
AFMY yang lahirnya daripada permuafakatan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah sebelum ini berkeyakinan bahawa jangkaan kehadiran yang ramai iaitu sebanyak 200 ribu orang tetamu pada Ijtima’ kali ini memberikan satu ledakan baru yang menyumbang kepada permuafakatan dan kebangkitan umat Islam sejagat dalam mencorakkan pembelaan terhadap bumi umat-umat Islam khususnya isu Palestin.


AFMY pada kesempatan ini mengucapkan ‘Selamat Datang Ke Malaysia’ kepada para tetamu yang hadir ke Ijtima’ khususnya kepada belia Islam dibawah rangkaian AFMY rantau Asia, tokoh-tokoh Gerakan Islam, para ulamak dari seluruh dunia dan para pendokong Gerakan Islam.
SELAMAT BERIJTIMA!
DR KAMARUZZAMAN BIN YUSOFF
Presiden,
Asian Federation Of Muslim Youth [AFMY]




























