Pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) membuktikan bahawa sememangnya 1 MDB ini dilanda masalah keraguan integritinya. Arahan ini dibuat hanya setelah kita digemparkan dengan pendedahan oleh Sarawak Report bahawa wujudnya penipuan dalam urusniaga 1 MDB.


3. Pihak 1 MDB hanya tahu menafikan tuduhan yang dilemparkan yang dikatakan berunsur politik dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi, namun pada hakikatnya kegagalan menguruskan 1 MDB itulah yang akan membawa bencana kepada ekonomi negara kita. Ini terbukti apabila syarikat pelaburan nasional, cetusan PM Najib ini telah mengalami kerugian pada tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya sehingga melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia. Bahkan, laporan daripada Reuters menyatakan bahawa 1 MDB mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran balik hutang-hutangnya. Jadi, apa lagi yang hendak dibanggakan dengan 1 MDB ini, tindakan kerajaan BN mempertahankannya lagi tidak ubah ibarat “memikul biawak hidup”.
**** Kenyataan Media Dato’ Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat Ketua Whip Ahli Parlimen PAS






























