MARANG – Pihak Barat pernah membunuh jutaan manusia dan negara Peranchis sendiri, pernah melakukakan kekejaman mengebam sebuah masjid di negara Algeria yang menyebabkan ramai umat Islam yang terkorban.
Dalam perang dunia pertama dan kedua, jutaan penduduk terkorban kerana perang yang dimulakan oleh pihak pihak Barat, namun semua itu tidak dipanggil sebagai ‘pengganas’ yang melakukan ‘keganasan’.
Sebaliknya, menurut Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi, ekoran beberapa peristiwa yang berlaku termasuk kes terbaru serangan ke atas pejabat majalah ‘Charlie Hebdo’ yang menghina nabi Muhammad SAW, umat Islam yang mempertahankan aqidahnya, digelar ‘pengganas’.
Beliau mengkritik tindakan pihak Barat yang berhimpun selepas ‘peristiwa malang’ itu, menunjukkan sokongan kepada majalah yang mempersendakan Islam, kononnya mempertahankan kebebebasan bersuara.
“Dalam masa sehari dua ni, heboh pasal diserang (pejabat) surat khabar yang menghina Nabi Muhammad di Perancis. (Majalah) yang lukis kartun hina Nabi, mempersendakan Nabi.
“Ada pemuda-pemuda yang tak tahan (kerana majalah itu) menghina Nabi ni pergi tembak (dan) bunuh pengarang, pelukis kartun dan seluruh negara barat berhimpun buat perhimpunan tunjuk perasaan menyokong surat khabar (majalah Charlie Hebdo), kononnya (tindakan serangan itu) menentang kebebasan bersuara.
“Kena bagi bebas kepada surat khabar untuk mengatakan apa sahaja. Boleh ke kata (hodoh) pada Nabi nak kata (buruk) kepada Allah Taala. Ini adab ini tak betul kebebasan ada batas,”tegasnya.
http://youtu.be/Jmo8un-B4Lc?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah mingguannya semalam, pagi Jumaat 16 Januari di masjid Rusila dekat sini.
Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia itu menyifatkan pihak Barat dan majalah tersebut gagal berhujah dengan pihak Islam yang berjaya mempertahankan diri dan semakin berkembang, terutamanya di Barat.
Justeru itu, beliau berkata, majalah itu telah menghina bani Muhammad SAW yang dituduh sebagai pengganas dan lain-lain persendaan.
“Ini kehebatan islam, boleh mempertahankan Islam dan hari ini Islam berkembang. Dia (Barat) jadi takut. (sepatutnya) lawan dengan ilmu, (dan) jangan lawan dengan lukis kartun.
“(Tetapi) dia lukis kartun, hina nabi, tunjuk nabi pakai serban, pakai serban pula ada bom atas kepala. Nabi Muhammad ini (mereka gambarkan sebagai) pengganas, pembunuh,”jelas beliau.
Sedangkan, tambah Ahli Parlimen Marang itu, pihak Baratlah yang telah membunuh sehingga beribu-ribu bahkan berjuta-juta manusia diatas muka bumi.
Tetapi, katanya, tidak sampai 2,000 orang yang mati ketika nabi Muhammad berjihad memerangi kafir musyrikin sehingga pembukaan kota Mekah.
Ia adalah terlalu sedikit, menurut beliau, berbanding dengan manusia yang terbunuh ketika Revolusi Peranchis, England, Rusia dan China.
“Revolusi Perancis………..berapa puluh ribu (yang mati)? Revolusi England berapa puluh ribu? Revolusi Rusia dan China berapa ratus ribu? Lebih kurang beratus ribu juta mati.
“Amerika berperang di Vietnam mungkin (lebih) 1 juta orang Vietnam mati. (tetapi sebaliknya) Dikata (nya) kita ganas!,”ujarnya.





























