KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sering menuduh pembangkang sengaja mereka cerita tentang penyelewengan dan pembaziran yang terus berlaku dalam pentadbiran negeri ini.


Antaranya menurut laporan tersebut adalah, pembinaan premis dan jalan di bawah pentadbiran Pejabat dan Majlis Daerah.
Di Setiu, sekurang-kurangnya dua jalan yang dibina oleh kerajaan didapati tidak ‘berguna’ kepada rakyat, yang menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Pembinaan jalan kampung dan jambatan untuk kemudahan penduduk sepatutnya dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung daripada aspek sosial dan ekonomi.


Jalan Asas di Rancangan Tanah Berkelompok Kampung Rahmat sepanjang 650 meter ini dengan kos berjumlah RM96,500 telah siap dibina serta dibuat pembayaran pada 7 Ogos 2011.
Manakala Jalan Kampung di Kampung Kasar, Setiu sepanjang 1 km, siap dibina pada tahun 2011 dengan kos sejumlah RM135,900.
Audit menegur kerajaan negeri agar pelaksanaan projek hendaklah dibuat secara teliti dan berhemah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.


Antara premis yang dibina oleh Majlis Daerah, namun tidak dapat digunakan atau hanya separuh sahaja dapat di manfaatkan adalah Medan Selera Kuala Jeneris, Gerai Buah-buahan di Pekan Ajil, Pasar Baru Paka dan Pasar Besar Kuala Berang.
Projek Pasar Baru Paka bernilai RM9.09 juta telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah siap pada 29 Oktober 2009. Pasar tersebut telah diserah milik kepada MPD pada 12 April 2011. Semakan Audit terhadap fail Pasar Baru Paka dan lawatan Audit mendapati 79 daripada 123 kedai/gerai dan keseluruhan lantai tingkat 2 masih belum dapat disewakan.


Lawatan Audit mendapati, mendapati masih terdapat ruang niaga di Tingkat 1 dan di Pasar Basah yang belum disewakan.
Manakala Audit juga mendapati tunggakan hasil sewaan bagi pasar kering dan pasar basah sehingga 31 Disember 2013 adalah berjumlah RM128,468





























