KUALA TERENGGANU – Sepatutnya kes yang melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah selepas pada perbicaraan semalam, Ahad 24 November.



“Sepatutnya kes pada hari ini sudah selesai. Walaubagaimana pun, mahkamah tidak dapat teruskan tadi kerana ada seorang lagi saksi daripada pihak plaintif iaitu ketua pengarah akhbar Kosmo,
“yang dipanggil untuk memberi keterangan tidak hadir pada har ini ,kerana waran tangkap yang dikeluarkan terhadap beliau itu tidak dapat diserahkan,”ujarnya kepada pihak media, sebaik mahkamah menangguhkan perbicaraan semalam,
Oleh itu, kata beliau, mahkamah telah pun bersetuju atas permohonan kepada pihak palintif untuk memberi peluang terakhir dan penghujahan pada 7 Disember akan datang.



“seterusnya, mahkamah akan membuat keputusan samada pada hari tersebut atau pada hari yang lain,”jelasnya dihadapan ratusan ahli dan penyokong yang hadir.
Antara pemimpin yang turut hadir bersama memberikan sokongan adalah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjayajaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat.




























