Rakyat Terhimpit Cari Rezeki Ditekan Kerajaan Umno-BN

1083

Saya ingin merujuk pendedahan demi pendedahan tentang pelbagai masalah dilalui oleh kelompok penjaja dan peniaga tempatan di Terengganu dalam ‘bertarung’ mencari rezeki demi berdepan cabaran besar utk terus hidup sempurna dalam suasana kos sara hidup yang meningkat sekarang.

Tak sampai beberapa minggu lalu GANTI telah mendedahkan masalah penjaja bergerak dan jalanan yang tertekan oleh penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan khususnya majlis bandaraya dan majlis daerah yg menghalau dan menghalang mereka yang berniaga.

IMG-20141030-WA0045Gelagat penguatkuasa yang sebahagiannya tidak patut dan kasar kepada penjaja.

GANTI bersyukur isu ini dipandang serius oleh YB Dato’ Raja Kamarul Baharin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang turun padang sendiri berjumpa dgn mangsa dan kelompok penjaja. GANTI sendiri mengalu alukan atas keprihatinan masyarakat khususnya rakan-rakan dari kalangan NGO2 seperti BANTU yg sentiasa bersama2 dlm isu perjuangan membela mereka yang kesulitan ini.

Isu rakyat tempatan terhimpit dalam mencari rezeki oleh tekanan kerajaan adalah isu nyata. Kerajaan tidak cukup proaktif dalam membantu peniaga dan penjaja khususnya dalam dasar yg menyediakan ruang yang selesa utk berniaga, prasarana dan bantuan modal yang sangat melampau dlm amalan pilih kasih yang berlaku.

Institusi2 penting tempat orang melayu berniaga seperti pasar2 terdedah dgn pengabaian dan sentiasa menjadi sasaran pemaju asing yg bagai dubuk lapar yang tidak sabar-sabar ingin mengambil alih tanah tapak pasar bagi tujuan apa yang dilabelkan sebagai pembangunan.

Pasar malam bagaikan nomad yang sentiasa dipindah-pindahkan.

Pasar Kedai Payang, jika tidak kerana kebangkitan rakyat khususnya pelbagai NGO, hampir saja dijadikan kompleks komersil mewah yang bukan lagi berciri pasar rakyat.

Pasar Borong Gong Pauh yg jenuh dibangkitkan dalam Sidang DUN tentang masalah infrastruktur asas seperti air bersih, parit dan longkang. Malangnya terus terabai.

Baru semalam ekoran hujan lebat, Pasar Borong Gong Pauh tanpa sebarang amaran dinaiki air sehingga habis rosak barang niaga saudara-saudara kita yg mengalir air mata berjuang cari rezeki.

Ini kah erti bela orang melayu yang dibanggakan oleh parti yg menerintah Umno-BN?

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)