Inisiatif Kampung Tanpa Wayar yang bermula sejak 2010, dibangunkan kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar secara percuma kepada masyarakat di kampung tidak lebih hanya sebuah ‘retorik’.
Pelaksanaannya kurang memuaskan kerana ia didapati tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dan memberi perkhidmatan dengan baik.


Bahkan, bukan semua penduduk kampung dapat menggunakan perkhidmatan akses Internet itu walaupun terteranya papan tanda di kawasan itu, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat sepenuhnya.
Papan tanda Kampung Tanpa Wayar itu seolah-olah memberi gambaran yang seluruh penduduk kampung boleh mendapat kemudahan itu tetapi sebenarnya isyarat gelombang Wi-Fi hanya boleh diterima kira-kira seluas 250 meter dari pusat pemancar yang di pasang dalam kawasan tersebut.
Kawasan Kampung Luak yang agar luas itu mana mungkin semua penduduk dapat menerima isyarat gelombang Wi-Fi yang terletak jauh dari tempat kediaman mereka.
Isyarat gelombang Wi-Fi juga lemah dan tidak begitu kuat. Kebiasaannya, jarak liputan KTW1M (Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia) adalah terhad kepada 250 meter dari ‘hotspot’.


Pelaksanaan projek tinggal ‘angan-angan’ kerana kampung-kampung yang diisytiharkan sebagai kampung tanpa wayar itu terbiar, tanpa sebarang kemajuan dan sesetengah tidak ada langsung capaian internet.
Ia bukanlah perkara baru yang ditimbulkan, bahkan ‘kehilangan’ akses internet tanpa wayar sudah dilaporkan lama sebelum ini.
Pada 20 Februari 2013, Pengerusi Lujnah Pekerja dan Profesioal Muda Dr Ghazali Hasbullah berkata ia adalah satu kegagalan kerajaan Umno-BN dalam mengurus prasarana rakyat di kampung-kampung.
“Melalui tinjauan yang dibuat, saya dapati di beberapa kampung yang diisytiharkan kampung tanpa wayar di negeri Terengganu amat mendukacitakan. Papan tanda “KG. TANPA WAYAR 1 MALAYSIA” hanya tinggal papan tanda.
“perlaksanaan kampung Wifi ini tinggal angan-angan, tiada capaian internet di rumah-rumah mahupun premis-premis kerajaan,”ujarnya.


Pesoalannya kata beliau, ke mana pergi duit yang telah dilaburkan oleh kerajaan bagi membina semua prasarana tersebut?
Menurutnya, berdasarkan kenyataan Rais, bekas Menteri yang menjadikan projek Kampung Wifi sebagai propaganda politiknya, projek tersebut akan dibina di seluruh negara dan projek perintisnya adalah di negeri-negeri Pantai Timur.
Rais berkata, Sebanyak 125 buah kampung di Terengganu, 115 buah kampung di Pahang dan 110 buah kampung di Kelantan akan dilengkapi peralatan teknologi tanpa wayar ini.
Dalam pada itu, setelah kerajaan pusat mendakwa melaksanakan projek kampung wi-fi, kerajaan negeri Terengganu pula mendakwa komited memberikan kemudahan ‘Terengganu Open Wi-Fi’ kepada orang ramai.


Orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan WiFi secara percuma di 600 lokasi strategik seluruh negeri.


Antara lokasi yang didakwa telah sedia dipasang kemudahan capaian akses Wi-Fi percuma termasuk di taman awam Pantai Batu Buruk, Hospital Sultanah Nur Zahirah
Justeru, beliau mendesak pihak-pihak yang berwajib, khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan segera bahi mengelakkan sebarang penyalahgunaan dana kerajaan dan wang rakyat Malaysia dalam projek tersebut.
Hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pengguna secara percuma atau dengan kos yang minimum terutama kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar tidak mencapai tujuan sebenar serta ianya hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang mendapat projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tersebut.


























