Yayasan Amal Seru Orang Ramai Hulur Sumbangan Untuk Gaza

1779

KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT) menyeru orang ramai untuk terus bermunajat dan berdoa keatas umat Islam Palestin khususnya yang berada di Semenanjung Gaza.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu Dr. Suhazeli Abdullah berkata, sekali lagi Israel laknatuLlah mencemari kesucian bulan Ramadhan yang mulia dengan menyerang Gaza bertubi-tubi.

“zionis Israel bermula awal pagi tadi sehingga sekarang menyerang semenanjung Gaza, dilaporkan setakat ini 23 orang syahid dan lebih dari 123 orang cedera parah.

“Berpuluh buah rumah dan harta awam musnah dalam sekelip mata. Sesungguhnya serangan ini amat menjijikkan seluruh dunia kerana penindasan demi penindasan dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin terutama sekali di Semenanjung Gaza.”ujarnya

Sehubungan dengan itu, bagi mengurangkan kesengsaraan saudara seIslam di Gaza Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka.

“Kami juga membuka saluran dana bagi disampaikan kepada rakyat Gaza. Sumbangan bolehlah disalurkan kepada akaun Amal Terengganu Dana Palestin 563064131931 (Maybank Islamic). Segala maklumat lanjut lanjut boleh menghubungi Sdr Ikhwan di talian 011 10693390,”jelasnya