Islam menganjurkan penganutnya bersedekah sehingga diganjarkan dengan pahala yang berganda.
Amalan mulia ini, selain dapat meringankan bebanan kesusahan si penerima, ia juga sebagai proses menyucikan harta, tingkatkan perasaan pemurah dan kembangkan harta si pemberi.
Sehubungan itu, Pemuda PAS menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan menghukum peminta dan pemberi sedekah semata-mata kerana mereka didakwa mencemarkan imej ibu negara.
Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kenyataan itu memperlihatkan kegagalan Menteri berkenaan mengenalpasti punca sebenar gejala itu.


“tindakan mengenakan hukuman ke atas pemberi dan peminta sedekah tidak akan secara tuntas dapat membersihkan imej Kuala Lumpur dari budaya mengemis,”jelas Nurul.
Sepatutnya, kata beliau, pihak Kementerian memberi fokus penuh kepada dua isu tersebut bagi memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang makmur dan sejahtera.
Sehubungan itu, PAS menyarankan kerajaan mewujudkan pusat-pusat perlindungan bagi ‘gelandangan’ di ibu kota bagi menempatkan para pengemis.
“(ia dapat) mengelakkan pengemis daripada berkeliaran dan sekaligus menjaga kebajikan pengemis-pengemis ini termasuk,
“memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada mereka bagi membebaskan diri daripada belenggu kesusahan hidup,”saran Nurul.
Tambahnya, DBKL dan MAIWP, tanpa menunggu para gelandangan ini membuat permohonan, perlu berkerjasama bagi menjejak para gelandangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mereka.
“Dengan demikian, barulah imej Kuala Lumpur dapat bebas dari budaya mengemis sekaligus meningkatkan taraf hidup warganya,”katanya.





























