Cukai Pintu; MB masih ‘meraba-raba’…….

1243

KUALA TERRNGGANU – Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Razif Abdul Rahman didakwa membuat kenyataan tanpa kajian dan penyelidikan apabila menafikan kadar kenaikan cukai pintu yang tinggi.

“memang nampak apa yang dikatakan oleh Menteri Besar baharu, Datuk Razif tidak merupakan satu ‘statement’ melalui penyelidikan kerana mengatakan kenaikan (kadar) cukai pintu itu tidak benar.

“Kalau betul-betul……dia (harus) bertanya kadar yang dikenakan pada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), saya rasa nampaknya adalah benar (dia tak tahu) kerana beliau belum mendalami isu ini tetapi sekadar memberi jawapan seolah-olah kerajaan prihatin tapi belum ada apa-apa tindakan,” kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

“Saya rasa MB tak tahu, kalau tak dia tidak akan membuat statement sebegitu rupa. Kerana enam ratus peratus tu bukan yang paling tinggi, yang seribu peratus pun ada. Sepuluh kali ganda pun ada,”tambah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu.

tmp_DSC_0030aa313912911Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai ‘Flash-mob’ membantah cukai pintu yang dianjurkan oleh NGO kelmarin.

Bahkan, beliau menyifatkan kenyataan MB Terengganu itu menunjukkan beliau masih lagi ‘meraba-raba’ dalam melaksanakan tugasnya sebagai ketua kerajaan.

“jadi dia menunjukkan dia masih lagi ‘meraba-raba’ lagi dalam kedudukan menteri besar dan kita minta dia tanya betul-betul pegawai dia sebelum dia buat pernyataan.

“Jadi kita telah berjumpa dengan ramai rakyat,dan kita berfaktakan kepada maklumat-maklumat yang terperinci daripada orang yang menjadi ‘mangsa’ kenaikan yang mendadak (cukai pintu),

Raja Kamarul Bahrin turut menggesa supaya kajian mendalam dibuat dan menyarankan kerajaan mencari sumber lain untuk menampung perbelanjaan Majlis Bandaraya.

Beliau memberi ingatan kepada para pentadbir MBKT agar berbelanja mrngikut kadar kemampuan.

“contohnya, kita dengar MBKT nak buat menara, nak buat dua menara, kenapa nak buat dua menara? buat sau dulu lah. Kalau tak ada duit, belanja macam orang tak ada duit. Jangan minta dengan rakyat duit subsidi pada projek-projek besar,”kata beliau.

Beliau turur menyarankan agar kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasinal (BN) menurut jejak langkah Sarawak, yang juga dikuasai BN.

“Dan satu lagi ialah apa yang kita cadangkan, minta lah naikkan royalti minyak daripada lima peratus kepada dua puluh peratus seperti Sarawak.

“Sarawak pun negeri Barisan Nasional. Tetapi demi kepentingan rakyat, diminta dinaikkan kepada dua puluh peratus.

“Kenapa kerajaan Terengganu tak boleh buat macam tu? Jadi kalau cukup dana, tak payah kenakan rakyat untuk meminta duit untuk projek-projek lain,”kata baliau.