Pemuda, Sukarelawan Amal, Tenangkan Mangsa Banjir

1095

KEMAMAN – Keadaan tegang, tidak tenang, trauma dan tertekan mangsa-mangsa banjir luar biasa daerah Kemaman diharapkan dapat ‘diamankan’ dengan kehadiran petugas pemuda dan sukarelawan Unit Amal.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berharap ‘sentuhan amal’ pemuda PAS dapat mengembalikan keseimbangan emosi kepada mereka yang terjejas.

“Dimaklumkan ini ialah operasi yang ketiga………….iaitu membersih dan menenangkan penduduk-penduduk yang ada di sekitar ini yang mungkin trauma, sudah tiga puluh tahun tidak berlaku insiden sebegini rupa.

“Jadi mereka memerlukan sentuhan-sentuhan daripada kita. Maklumlah mereka dalam keadaan tegang, tak tenang, tertekan dan sebagainya. Jadi, bila kita sentuh mereka ini, mereka sedikit sebanyak akan menenangkan,’ujarnya.

Beliau berkata demikianketika melancarkan Ops Bersih 5 Pemuda PAS Malaysia di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kemaman pada Sabtu 14 Disember.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Unit Amal dan para sukarelawan yang telah melaksanakan kerja yang cemerlang dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, Unit Amal adalah satu organisasi yang sangat dihormati dan ramai yang merasa pelik kerana unit tersebut bekerja tanpa upah.

“(Unit) Amal, satu organisasi yang sangat dihormati oleh rakyat. banyak orang Tanya saya, macam mana yang tidak dibayar gaji ni boleh boleh bergerak?

“Saya jawab senang je, saya jawab motonya ialah “Beramal kerana Allah Taala”. Bukan beramal kepada media. Beramal kepada Allah S.W.T,”jelasnya.

Seramai lebih 2000 orang petugas Unit Amal, sukarelawan PAS dan NGO dari seluruh negara telah bergabung tenaga dalam ‘Ops Bersih 5’ Parlimen Kemaman yang telah bermula sejak Jumaat 13 Disember.

Sebelum itu, hampir 1,000 orang telah terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir ‘luar biasa’ yang mula melanda negeri Terengganu pada 3 Disember lalu.

Tujuh puluh lima peratus DUN Chukai terjejas dan Kampung Air Putih serta Kampung Teladas telah terputus hubungan selama dua hari kerana bah besar tersebut.

Pelbagai pihak juga tampil menghulurkan pelbagai bantuan barangan makanan dan keperluan kepada ribuan penduduk, termasuk di kawasan Dungun dan Hulu Terengganu