[Lihat Video] PAS telah mengarahkan jenteranya agar tidak melanggar adab susila, kesantunan dan kesopanan warga DUN Sungai Limau selama waktu berkempen.
Katanya, orang Sungai Limau memiliki budaya harmoni dan damai serta perhubungan dalam kehidupan mereka umpama ‘adik beradik’.
“kita tahu bahawa budaya orang sini budaya harmoni, damai…..hubungan macam keluarga dan masyarakat di sini (Sungai Limau adalah) masyarakat berilmu dan beragama, ini harus difahami,”ujar Pengarah PRK DUN Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar
Sejak dari awal lagi, beliau turut menasihati para petugas Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya menjada adab tersebut.
Oleh itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah kesal dengan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh ‘peribadi’ Allahyarham mantan ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak.
Justeru Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih beradab apabila mengaitkan individu yang telah meninggal dunia.
Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula.
Mahfuz berkata Najib perlu menggesa timbalannya itu bercakap dengan rasa hormat terhadap bekas menteri besar Kedah itu.
“Saya minta PM supaya nasihatkan TPM (supaya) patuh kepada tatasusila.
“Saya cukup kecewa kerana TPM secara khusus merujuk kepada Ustaz Azizan dalam isu ni,” katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Sungai Limau pagi ini.
Semalam, Muhyiddin dalam satu majlis di sebuah sekolah dalam kempennya mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen telah secara terang dan dihadapan orang ramai menjadikan Allahyarham Allahyarham Ustaz Azizan sebagai hujah untuk membenarkan tindakan kerajaan BN itu.
Muhyiddin dilaporkan berkata, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirinyang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Allahyarham UstaZ Azizan.
“Kita tak bagi lagi subsidi untuk gula.siapa setuju angkat tangan.
“Saya tak ambil gula tuan-tuan.
“Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
“Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong,”kata Muhyiddin





























