Kuala dan Hulu Terengganu dapat YDP baru

1513

KUALA TERENGGANU – Mantan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, kedua-duanya ‘naik pangkat’ apabila dipilih menjadi Jawatakuasa PAS Kawasan masing-masing da kemudian dilantik melalui ‘syura’ sebagai Yang DiPertua yang baru.

w sukairi MAT KTMesyuarat Agong Tahunan PAS Kali Ke-38 Kawasan Kuala Terengganu menyaksikan ‘muka baru’ Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah diberi amanah sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu yang baru.

Beliau menggantikan penyandang jawatan Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mengundurkan diri dan memberi laluan kepada tokoh yang lebih muda.

Manakala Haji Muhyiddin Abd Rashid yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu menjadi Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu menggantikan Dato’ Ustaz Harun Taib pada Mesyuarat Agong kawasan tersebut kali ke-29.

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Terengganu telah diadakan di Markaz PAS Kuala Ibai dan Mesyuarat Agong Hulu Terengganu diadakan diMarkaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik.

Kedua-dua Mesyuarat tersebut diadakan pada hari ini Sabtu 28 September.