Dua Kawasan ‘Penting PAS’ Adakan Mesyuarat Agung Tahunan

1311

KUALA TERENGGANU – Dua kawasan penting dan dianggap ‘kubu kuat’ PAS, kawasan Marang dan kawasan Kuala Terengganu mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan masing-masing untuk kali ke 29 dan kali ke 38.

Bagi kawasan Marang, mesyuarat yang diadakan di Dewan Tok Guru Rusila, perasmianya disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS egeri Terengganu Dato’ Ustaz Hussin Awang yang meggantikan perasmi asal Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MAT KTManakala kawasan Kuala Terengganu yang mengadakan mesyuarat di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Tidak ada perubahan besar yang dijangka berlaku pada kepimpinan PAS Kawasan Marang yang diterajui oleh Haji Yahaya Ali selaku Yang DiPertua kawasan tersebut, tetapi bagi kawasan Kuala Terengganu bakal menyaksikan jawatan Yang DiPertua kawasan tersebut beralih kepada pemimpin baru.

Ia adalah berikutan perisytiharan penyandangnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang akan mengundurkan diri dan memberi ‘jalan’ kepada tokoh-tokoh pimpinan yang lebih muda.

Semalam, Jumaat 27 September, PAS Kawasan Dungun mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 54 memberi mandat kepada Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly terus menerajui kepimpinan kawasan itu selaku Yang DiPertua PAS Kawasan