NGO Terengganu Menyongsong Safwan Ke Penjara Sungai Buloh

1114
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/solidariti%20sungai%20buloh.jpg

Wakil NGO Terengganu, Naraza Muda yang mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata anak-anak muda akan bangkit menuntut Barisan Nasional (BN) menghapuskan semangat jiwa laknatuLlah, yang menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja dianggap sebagai pengkritik mereka.

“saya berdari Terenggau pada jam 3 petang untuk bersolidariti bersama-sama bagi menyatakan bahawa kita orang muda, anak-anak muda seluruh negara, bermula dari titik ini akan bangkit,

“menuntut Umno dan Barisan Nasional (BN) menghapuskan jiwa laknatuLlah ini, kita minta Umno dan Barissan Nasional (BN) menghentikan Operasi Lalang ke tiga dan ke empat ini, sila bebaskan Safwan Anang…….sila bebaskan rakan-rakan kami,”ujarnya ketika berucap di hadapan penjara Sungai Buloh. [Lihat Video]

Menurutnya, anak-anak muda sudah bertekad akan mengadakan himpunan di hadapan parlimen pada 23 Jun depan bagi menyatakan bantahan, sekiranya rakan-rakan yang dianiyai oleh kerajaan tidak dibebaskan.

Beliau menyeru semua pihak yang hadir meneeuskan himpunan solidariti berhimpunan sepanjang malam dihadapan penjara itu, bagi mendesak pembebasan Safwan dan rakan-rakan lain yang di tahan di penjara Sungai Buloh tersebut.