Bandar di Perancis Memberi Anugerah Kehormat Kepada Pembunuh Menteri Israel

718
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/bezons.jpg

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor pada Isnin menggelar anugerah tersebut sebagai suatu “kemanusiaan yang keterlaluan yang tidak dapat diterima oleh mana-mana pandangan politik kerana menghormati seorang pembunuh yang disabitkan.”

Bezons, sebuah bandar yang terletak 12.6 kilometer di pinggir Paris [gambar kanan atas] memberikan penghormatan kepada Majdi al-Rimawi pada bulan lalu, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di dalam penjara Israel kerana peranan beliau dalam pembunuhan menteri pelancongan Rehavam Zeevi pada tahun 2001.

Penerbitan Warta bulanan bandar Bezons mengungkap Datuk Bandar Dominique Lesparre berkata, anugerah diberikan kepada Majdi kerana “tindakan politik yang kuat” oleh Majdi terhadap Israel yang “menjajah rakyat Palestin.”

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/majdi.jpgWarta tersebut menyatakan lagi, anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara yang diambil oleh ahli-ahli majlis tempatan Bezons bagi menghormati Majdi yang jenayahnya adalah “mempertahankan bandarnya dan penghuninya, dan mendesak supaya penguatkuasaan undang-undang antarabangsa bagi penubuhan Palestin sebagaimana sempadan pada tahun 1967, seperti yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. “

Pada blog peribadi Lesperre yang juga seorang anggota parti komunis Perancis mencatatkan, beliau menyatakan Majdi telah “dipenjarakan selama 10 tahun yang lalu kerana telah mengambil bahagian bersama masyarakatnya, dalam penentangan terhadap penjajahan negara Palestin dan perjuangan beliau untuk kebebasan dan kemerdekaan.”

Majdi [gambar kanan bawah; paling kanan] seorang anggota Front Popular Pembebasan Palestin , diwakili isterinya Fathiya, telah menerima bagi pihak suaminya plak penghormatan di majlis yang dianjurkan pada bulan Februari 2013.

Bandar Bezons di Perancis dan al-Rimawi di Palestin telah menjadi bandar angkat antara keduanya, sejak tahun 2008 – AJE