DUNGUN – Di akhir zaman, terdapat ramai ulama yang tidak memahami seluk-beluk hukum syarak (aturan hukum Islam) dari Al-Qur’an dan Hadis (fuqaha) menyebabkan masyarakat Islam bercelaru.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan ini akan menimbulkan masalah.
“Mereka kata politik tak dok dalam Islam, sebut hudud, zalim, kerat tangan, dia tak tahu, apa Islam ni dalam , tanggungjawab kita menyelamatkan orang jahil untuk kembali kepada Islam, ” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Bangunan PAS Kawasan Dungun di sini pada 12 September.


Menurut beliau PAS mengambil pendekatan penyatuan ummah untuk kembalikan kedaulatan Islam .
“Untuk pilihan raya umum kita anjur perpaduan ummah, ajak orang melayu, orang Islam mesti bersatu dulu, selepas itu ajak orang bukan Islam bersama dengan kita ,
“untuk dapat kuasa majoriti yang besar, kalau majoriti yang besar, kalau dapat 2/3 kita boleh pinda perlembagaan di mana Perdana Menteri wajib orang Islam dan banyak lagi dapat kita pinda.
“Tetapi memerlukan masa, memerlukan orang kita faham politik biar pemimpin mencaturkan politik. Selagi PAS ini masih berpegang kepada Al Quran,Hadis, Ijmak dan Qias kita tidak berganjak atas dasar itu,” katanya.
.






























